Istilah Kristian itu dalam bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Arab disebut Masihi. Lebih awal daripada istilah Masihi, ialah istilah Nasrani. Penggunaan istilah berkembang mengikut zaman. Pada satu masa, istilah memberi sesuatu makna dan makna itu kemduiannya berubah berikutan peredaran zaman.
Dulu, masa zaman Abu Bakar As-Siddiq, pemimpin kaum Muslimin disebut Khalifatuirrasul. Databf zaman Umar Al-Khattab, ia dipanggil Amirulmukminin. Kemudian, muncul raja-raja kalangan kaum Muslimin yang dinamakan dengan pelbagai nama. Ada nama Syah, Sultan, Amir dan sebagainya.
Pendeknya istilah tidak statik dan setiap istilah hendaklah difahamkan mengikut konteks masa, tempat, kelompok dan lain-lain perkara yang mempengaruhi pemahaman maknanya.
Lalu, jika kenyataan PMX bahawa Ashabul Kahfi bergama Kristian difgahami dalam konteks zaman mereka, ia tidak akan menjadi persoalan dan tidak akan dipolimikkan.Orang-orang zaman itu menisbahkan diri mereka sebagai Nasara. Nasara ketika itu adalah agama tauhid ketimbang agama wasani yang merata di mana-mana.
Tatkala Ashabul Kahfi lari meninggalkan negeri raja yang berkuasa adalah seorang kafir yang menyembah berhala. Dia malah memaksa rakyat mengikut anutannya. Lalu Ashabul Kahfi lari dan masuk ek dalam gua. Berlaku keajaiban dan mereka ditidurkan selama 309 tahun. Bila salah seornag mereka keluar, dia mendapati agama panutan raja rakyat negeri yang dulunya mereka huni telah berubah. Ada kalangan Mufassirin menyebutkan bahawa agama nabi Isa yang mengusai. Jika demikian , mereka adalah Nasara. Dengan istilah lain untuk kefahaman dewasa ini, mereka adalah Kristian. Kristian dan Nasara merujuk kepada kelompok yang sama di masa ini. Sungguhpun ada perbezaan teologi antara keduanya.Itu bukan persoalannya. Soalnya adalah istilah.
Maka, ada yang menyerang PMX dengan mengatakan dia mengkafirkan Ashabul Kahfi. Hal tersebut tidak diucapkan olehnya tetapi ia adalah tafsiran dan pemahaman orang yang meyerang itu Cara berfikir sedemikian adalah tidak bertanggunjawab.
Jika ada orang berkata saya tidak makan sotong dan udang, maka dia pun dituduh bermazhab Hanafi. Apakah betul cara rumusan sedemikian. Mungkin dia tidak makan disebabkan faktor lain selain pegangan mazhab.
Kita hendaklah bersangka baik untuk perkataan ornag Islam yang lain. Kita perlu mendidik hati kita bahawa ilmu kita ada kekurangan dan apa yang ornag lain sebut mungkin betul Jangan terlalu ujub dan takbur dengan pengetahuan sendiri. Kita rasakita serba tahu, sedangkan ornag lain pun tahu juga.
Kelak, di belakang hari, kita akan malu sendiri apabila sedanr bahawa hujahan dan ilmu kita hanyalah qitmir!
Maka kenyataan Ashabul Kahfi bergama kristian hendaklah difahami dalam kontes peristiwa zaman tersebut. Cerita zaman purbakala difahami dalam kontekls zaman moden, tentulah salah caranya!
No comments:
Post a Comment