BERSIH mahu demo di jalan raya membantah keputusan pengampunan DS Najib. YDPA telah membuat keputusan mengampunkan DS Najib dari penjara 12 tahun menjaid 6 tahun. Denda 100 juta jadi 50 juta. Ada prasangka bahawa kerajaan sekarang yang bertanggungjawab atas pengurangan tempoh dan kadar hukuman yang sedang dijalani DS Najib. Namun, sumber dari pihak pembelaan DS Najib mendedahklan bahawa Lembaga Pengampunan telah menasihatkan YDPA untuk tidak mengampunkan DS Najib. Namun, YDPA yang lepas, atas pertimbangannya, memutuskan pengampunan separuh.
Ngo yang bernama BERSIH mempersoalkan kerajaan yang dipimpin DS Anwar Ibrahim mengenai reformasinya. Keputusan pengampunan DS Najib tersebut adalah satu keputusan yang melemahkan reformasi. Seterusnya , suara-suara agar kerajaan MADANI melaksanakan reformasi menyeluruh pun mula dibeberkan.
Perjuangan 20 tahun jadi sia-sia setelah menjadi kerajaan! Demikian kata-kata sinis yang diluahkan.
Persoalannya, reformasi menyeluruh yang bagaimana pihak BERSIH dan seangkatan dengannya yang mahukan?
Bangkit membantah keputusan prerogatif YDPA itu membawa kepada kepada menentahng YDPA. Apakah reformasi menyeluruh yang diimpikan oleh kumpulan BERSIH itu termasuk memansuhkna institusi YDPA?
Rasanya, tidak musthil idea tersebut ada dalam kerangka reformasi versi kumpulan tersebut. Ia disebutkan secara tidak langsung oleh beberapa anasir liberal dalam negara. Mereka cuba memanipulasi dan ambil kesempuatan perjuangan reformasi dengan membawa pemikiran ekstrim dalam merubah sistem.
Islah atau reformasi ada sisi baik dan buruknya. Ia bukan satu inqilab yang bakal menimbulkan huru hara dalam negara. Ia perlu diuruskan dengan cermat dan mengikut aulawiyyatnya. Para sufaha yang cuba menggunakan istilah reformasi, jarang memikirkan akibat daripada kemahuan keterlaluan mereka itu. Tekad politik hendaklah disertai dengan kebijaksanaan dan kesabaran.
No comments:
Post a Comment