CARI BAHAN

Saturday, December 23, 2023

Ashabul Kahfi beragama kristian?

Istilah Kristian itu dalam bahasa Inggeris. Dalam Bahasa Arab disebut Masihi. Lebih awal daripada istilah Masihi, ialah istilah Nasrani. Penggunaan istilah berkembang mengikut zaman. Pada satu masa, istilah memberi sesuatu makna dan makna itu kemduiannya berubah berikutan peredaran zaman. 

Dulu, masa zaman Abu Bakar As-Siddiq, pemimpin kaum Muslimin disebut Khalifatuirrasul. Databf zaman Umar Al-Khattab, ia dipanggil Amirulmukminin. Kemudian, muncul raja-raja kalangan kaum Muslimin yang dinamakan dengan pelbagai nama. Ada nama Syah, Sultan, Amir dan sebagainya. 

Pendeknya istilah tidak statik dan setiap istilah hendaklah difahamkan mengikut konteks masa, tempat, kelompok dan lain-lain perkara yang mempengaruhi pemahaman maknanya.

Lalu, jika kenyataan PMX bahawa Ashabul Kahfi bergama Kristian difgahami dalam konteks zaman mereka, ia tidak akan menjadi persoalan dan tidak akan dipolimikkan.Orang-orang zaman itu menisbahkan diri mereka sebagai Nasara. Nasara ketika itu adalah agama tauhid ketimbang agama wasani yang merata di mana-mana. 

Tatkala Ashabul Kahfi lari meninggalkan negeri raja yang berkuasa adalah seorang kafir yang menyembah berhala. Dia malah memaksa rakyat mengikut anutannya. Lalu Ashabul Kahfi lari dan masuk ek dalam gua. Berlaku keajaiban dan mereka ditidurkan selama 309 tahun. Bila salah seornag mereka keluar, dia mendapati agama panutan raja rakyat negeri yang dulunya mereka huni telah berubah.  Ada kalangan Mufassirin menyebutkan bahawa agama nabi Isa yang mengusai. Jika demikian , mereka adalah Nasara. Dengan istilah lain untuk kefahaman dewasa ini, mereka adalah Kristian. Kristian dan Nasara merujuk kepada kelompok yang sama di masa ini. Sungguhpun ada perbezaan teologi antara keduanya.Itu bukan persoalannya. Soalnya adalah istilah.

Maka, ada yang menyerang PMX dengan mengatakan dia mengkafirkan Ashabul Kahfi. Hal tersebut tidak diucapkan olehnya tetapi ia adalah tafsiran dan pemahaman orang yang meyerang itu Cara berfikir sedemikian adalah tidak bertanggunjawab. 

Jika ada orang berkata saya tidak makan sotong dan udang, maka dia pun dituduh bermazhab Hanafi. Apakah betul cara rumusan sedemikian. Mungkin dia tidak makan disebabkan faktor lain selain pegangan mazhab.

Kita hendaklah bersangka baik untuk perkataan ornag Islam yang lain. Kita perlu mendidik hati kita bahawa ilmu kita ada kekurangan dan apa yang ornag lain sebut mungkin betul Jangan terlalu ujub dan takbur dengan pengetahuan sendiri. Kita rasakita serba tahu, sedangkan ornag lain pun tahu juga. 

Kelak, di belakang hari, kita akan malu sendiri apabila sedanr bahawa hujahan dan ilmu kita hanyalah qitmir!

Maka kenyataan Ashabul Kahfi bergama kristian hendaklah difahami dalam kontes peristiwa zaman tersebut. Cerita zaman purbakala difahami dalam kontekls zaman moden, tentulah salah caranya!


Friday, December 22, 2023

Sekadar renungan-Untuk apa hidup?

 Orang yang berusia 81 tahun tapi berdepan dengan tuduhan rasuah dan penyelewengan dana awam, merupakan satu bencana hidup buatnya. Dari segi umur, tidak banyak lagu usia yang berbaki. Telah banyak pula usia yang dihabiskan untuk dunia. Selepas nyawa dicabit malaikat maut, tiada lagi faedahnya segala dunia yang dibangunkan.

Namun, manusia itu hidup dan mati atas apa jalan yang dia rintis dalam kehidupan. Sedikit sekali mereka yang mendapat kesudahan berbeza daripada jalan hidup semasa bernafas. Rahmat Tuhan sahaja yang membezakannya..

Lebih menakjubkan, insan menjangjkau 100 tahun tetapi masih kuat bergelut masalah perebutan kuasa dan senketa politik.

Demikian...aku rasa, ia bukan jalan hidup yang kuimpikan. 

Aku ingin hidup berbuat baik dan meninggal dalam keadaan tenang tentang perhitungan akhirat. Bagaimana? Apa caranya. Itu yang aku inginkan. Aku tidak punya hasrat untuk jadi maha kaya, maha mahsyur dan disanjunag.

Semua itu fana....fana ...

Semua itu falasi impian yang pasti sirna....

Saturday, December 16, 2023

Rombakan Kabinet

Sebenarnya, ia bukan urusanku dan bukan juga urusan rata-rata rakyat Malaysia. Ia urusan PMX. Dia mahu lantik siapa mengganggotai kabinetnya, itu adalah pilihannya. Pilihannya tidak menuntut kerelaan petani, nelayan, guru maupun para Ahli Parlimen baik pembangkang maupun dalam kerajaan. 

Ia ibarat seorang Guru Besar sekolah, nak lantik siapa pegang jawatan Ketua Panitia Matapelajaran atauapa jawatan yang terlantik menerusi pilihan guru besar. Guru-guru lain tidak boleh membantah, apa lagi murid-murid sekolah. Jauh sekali ibu bapa walaupun ia adalah Pengerusi PIBG.

Seorang guru, katakanlkah, dia buat pinjaman Bank Rakyat sebanyak RM200 ribu untuk bina rumah di tanah kampungnya. Dia minat rumah kayu. Lalu dicarinya mana-mana rumah kayu yang nak dijual,maka dibelinya dan dibuatnyala rumah kayu atas tanahnya dengan duit pinjamannya itu. Tiba-tiba ada ornag krtikiknya dan katakan kepadanya bahawa tindakannya itu adalah satu kebodohan. Maca-macam orang  kata. rumah kayu tak tahan. Nanti dimakan anai-anai atau kumbang. Baik buat rumah batu. Agaknya apa reaksi sang cikgu? Dia akan kata: Apa urusan kalian? Duit saya, tanah saya, rumah saya, ikut sayalah!

Begitulah keadaannya ....setiap orang ada hak prerogatifnya.

Mungkin ada orang akan berhujjah...tapi yang PM lakukan akan menjejaskan rakyat. Kes PM lantik Menteri Kabinet yang salah akan memberi tempias kepada rakyat! Sebab itu rakyat kena campurtangan. Kena kritik. 

Dalam hidup kita, apa tindakan kita buat semuanya menempiaskan kesan kepada ornag lain. Guru Besar lantik Ketua Panitia tertentu, tempiasnya kena kepada guru-guru lain di bawah Ketua panitia itu. Kena juga kepada murid-murid. Lalu, bila murid-murid terkesan, tentulah ibu bapa juga terkesan.

Samalah, guru yang buat pinjaman bank untuk bina rumah kayu itu. Apakah orang lain  tak terkesan? Pasti ada kesan. Mungkin ia menyebabkan peluang pesaing peminat rumah kayu hilang kerana dipintas. Atau mungkin rumahnya memberikan efek kepada perseiktaran. Apa-apa ajala. pokoknya, bercakap pasal kesan kepada orang lain, tidak ada yang terlepas.

Hujah memberi kesan kepada rakyat tidak boleh jadi alasan mewajarkan hak prerogatif seseorang direntasi.

Nak Lantik siapa jadi Menteri Luar atau nak tambah kementerian, itu adalah terpulang kepada kebijaksanaan seorang Perdana Menteri.

Impilkasi dari tindakannya, dia akan tanggung. Selepas 5 tahun, rakyat akan maing menyokong atau menolak, ia ditentukan oleh tindakan-tindakannya semasa berkuasa.

Namun, mengapa ada cekcok di bawah? Itu bukan urusan orang bawahan. Urusan orang bawahan adalah memilih dan berhempas pulas menaikkan pilihannya melalui pilihanraya. Sesuah terpilih, maka urusan berikutnya adalah urusan peringkat-peringkat yang diberikan wewenang. Urusan Agong mengesahkan lantikan seorang Perdana Menteri. Itu sudah dibuat dan Agong telah membuat pilihannya. 

Pergelutan politik dalam hal siapa patut jadi Perdana menteri sepatutnya sudah berhenti..

Anggaplah juga, selaku orang beriman dengan qodha dan qadar, Allah telah menentukan takdir siapa PM Malaysia. Usaha-usaha mengubah sebelum tempohnya hanya akan mencabur sifat redha  dalam diri dan menjatuhkan akhlak dan peribadi sebagai muslim yang beriman dengan takdir. Ia akan memperlihat sifat resah gelisah dan mazmumah ananiyyah. 

Hidup dalam dunia bukan lama. Usah dibazirkan dengan perangai gelisah dan dimarakkan dengan bara ketidakpuasan hati.

Rakyat biasa tidak perlu mempertikaikan lantikan menteri kabinet yang dibuat oleh PMX. Ia bukan urusannya. Tiada kaitan dengannya. Yang ada kaitan dengan rakyat biasa ialah siapa yang nak ditonjolkan sebagai ahli parlimen yang kelak akan menetukan siapa menjadi PM. Al-hasil, sesudah dibuat undian dalam PRU, yang naik PM yang bukan pilihan kita, kita terima sahaja. PM yang naik nak lantik siapa jadi anggota kabinetnya, itu bukan urusan para pengundi.

Kalau benar amalkan sunnah nabi dalam hidup, ingatlah pesan nabi SAW:

" Dari keelokkan Islam seseorang itu adalajh sikapnya meninggalkan apa yang tiada kaitan dengannya".


Friday, December 15, 2023

USTAZ PENUNGGANG AGAMA

 Saya juga seorang ustaz. Saya pun ada berceramah menyampaikan kuliah di masjid-masjid serta surau-surau. Tapi sepanjang saya menggalas gelaran ustaz serta pengkuliah di masjid dan surau, saya menjauhkan diri dari meminta sumbangan khalayak. Saya mengelakkan diri dari sebut dalam ceramah tentang derma dan sumbangan untuk saya atau kerja amal yang saya lakukan. Saya juga tidak mahu mewakili seseiapa menyampaikan hasrat minta sumbangan baik untuk madrasah, orang sakit atau apa sahaja.

Ustaz hendaklah jaga kemuliaan diri. Minta simbangan adalah perbuatan yang rendah berbanding memberi sumbangan. Tangan yang di atas(pemberi) lebih mulia daripada tangan yang di bawah(penerima sedekah/simbangan)

Habis tu apakah saya sebagai ustaz menolak semua sumbangan selepas ceramah dan kuliah. Saya tidak tolak dan itu bukan saya minta. Itu sumbaangan yang datang tanpa dipinta. Kalau ada ustaz minta pun, itu adalah sebagai imbalan ceramahnya. Itu bukan sumbangan tampa imbalan kerja. 

Macam ada orang bawa tabung masa ceramah. Minta suimbangan nak sambung belajar. Sumbangan nak bangunkan madrasah. Sumbanganderma nak bantu orang susah di luar negara. Macam-macam lagi. Minta sumbangan dalam bentuyk demikian tidak bersama imbalan. Ia hanya dengan tawaran pahala dan syurga. 

Para nabi dan Rasul tidak buat demikian. Mereka tidak datang kepada mad'u mereka dengan janji syurga dan pahala bersama minta sumbangan harta mereka melainkan kes-kes yang melibatkan keselamatan nyawa ummat. Macam Perang Tabuk.

Ustaz-ustaz dilecehkan kerana masalah ini. Lebih memalukan apabila ustaz pengutip sumbangan dilihat berkereta mahal. Kereta dengan sport rim yang menggiurkan jemaah masjid. Kehidupan ustaz peminta sumbangan pun mewah. Orang ramai tertanya-tanya, kemewahan sang ustaz dari mana? Dia minta sumbangan untuk madrasah, bantu Palastin, korban di kemboja, afrika atau untuk dinikmati sendiri???

Akhirnya, jadi fitnah kepada semua ustaz. 

Sekarang, penunggang agama adalah istilah yang sering ditempelkan kepada para ustaz. Sudah keluar drama-drama TV yang memberi persepsi negatif kepada title ustaz.

Ada ustaz, kereta rosak minta derma. Duit tak cukup buat modal kedai makan, minta derma. Nak hantar anak belajar ke universiti, minta derma. Perkara sedemikian berlajku atas orang-orang awam yang bukan ustaz. Ada yang hidupnya lebih susah. Tapi mereka tidak minta derma. Mereka minta hutang, pinjam sana sini atau kerja lebih amsa untuk tampung keperluan yang datang itu. 

Namun....pak ustaz....ambil jalan mudah. Jalan keluar masalah kewangannya dalam pokok para 'fan'nya.

Inilah punca kenapa nama ustaz dikaitkan dengan :"PENUNGANG AGAMA"

Degilnya, tak sedar diri dan buat tak heran, ada ustaz menempelak:

"Kalau tak tunggang agama nak tunggang apa, agamalah yang bawa kita ke Syurga???"

gulp!

Thursday, December 14, 2023

PM bukan Melayu?

 Lontaran Tan Sri Lim Kit Siang dalam tulisannya dalam blognya mengenai bolehnya PM dari bangsa bukan Melayu di bumi Malaysia ini menimbulkan sekelumit kegelisahan di kalangan sesetengah pihak. Kegelisahan tersebut adalah berpunca daripada "siapa" yang menulisnya. Jika yang menulisnya adalah Lim Goh Pek, seornag pemilik bot nelayan di PUlau Ketam, ia tentunya tidak memberi apa-apa kesan dan tidak akan menajadi isu. Terlebih lagi Lim Kit Siang itu adalah tokoh besar dalam Parti DAP. Sebuah Parti yang menjadi hantu kubur yang berkeliaran dan menakutkan kanak-kanak yang pergi dan pulang mengaji di rumah Tok Ayah di malam hari.

Seharusnya, orang Melayu berfiiran tenang dan waras. Ujarlah apa pun yang kalian nak utarakan, itu hanya pendapat. Pendapat itu berawal dari dalam fikiran dan fikiran tiada siapa pun boleh halang. Jika buah fikiran dilontarkan, selagi tidak mengandungi ancaman nyata kepada orang lain, apa hendak diherankan?

Apakah ada ancaman nyata pada idea PM bukan Melatyu itu?

Perlu kita lihat pada lapisan yang lebih teras dalam tahap pengangkatan seornag PM. Ia bukan semata-mata memang jawatan sebagai ahli parlimen dan disokong oleh ramai ahli parlimen. Bukankah selagi YDPA berbangsa Melayu, maka PM akan berbangsa Melayu. Itulah secara logiknya. 

Sepatutnya, yang perlu Melayu risaukan adalah Sultan dan Raja-r, jika sudah tidak lagi Melayu. Itu benar-benar ancaman Kalau soal PM, bukan ancaman....

Ala kulli hal, mari kita lihat sikap bangsa Barat. Di United State, para Mart Saleh sudah boleh menerima PM dari bangsa kulit hitam. Lihat bagaimana mereka bersetuju melantik Barrack Obama sebagai Presiden US satu masa dulu. Di Britain, Perdana Menterinya kini adalah seornagyang bernama Rishi Sunak yang berketurunan India. Sikap orang Barat sudah terbuka mengenai bangsa. Mereka telah dapat memecahkan paradigma asobiah yang membaluti majoriti manusia di dunia ini. Kita bangsa Melayu masih begelut dalam lingkaran asobiah ini.

Kita mencari-cari alasan untuk mengislamkan semangat asobiah kita. Kita pacakkan dalil-dalil bahawa asobiah kita adalah adalah asobiah yang didokong oleh agama Islam.

Bagaimana pula dengan negara India yang dikuasai oleh penganut Hindu boleh memilih Presiden beragama Islam iaitu A.P.J Abdul Kalam. Lebih dekat lagi, kita juga pernah denga seornag wanita muslimah naik jadi Presiden Singapura antara Sept 2017 hingga Sept 2023. Mungkin kita akan berhujah bahawa jawatan presiden yang diberikan itu tidak ada kuasa. Sola kuasa, dalam sistem pemerintahan berpelembagaan zaman moden ini, mana ada kuasa yang penuh. Ada sekatan dan kekurangannya. Sultan dan Agong di Malaysia juga bukan ada kuasa penuh. Demikian Yang Dipertua negeri-negeri todak bersultan di Malaysia, apa kuasa yang mereka ada? Namun, ornag Melayu di Malaysia tidak akan bersedia membiarkan jawatan yang tiada kuasa sekalipun dipegang oleh bukan Melayu. Yang Dipertua Pulau Pinang dan Melaka, belum pernah digapai oleh bukan Melayu.

Kita , kalau negara Barat sudi lantik bangsa Melayu jadi presiden, berbakul pujian dan Thumb Up yang kita berikan kepada negera tersebut. Kita puji mereka. Kita kata negara Barat bagus. Mereka tiada perkauman. Tapi, kalau kena atas batang hidung sendiri, kita akan melatah. Kita akan mendengkam enggan. 

Mana boleh bukan Melayu jadi perdana Menteri!

Kita marah. Padahal belum ada cubaan pun. Hanya pendapat. Pendapat pun kita sudah marah. Entahlah apa akan jadi kalau ada cubaan dan tindakan.

Kalau kita tak suka berlaku atas kita, maka jangan suka hal yang sama terjadi di negara orang. England itu negara orang putih. Biar orang putih sahaja jadi presiden. Kita hantar surat ke PBB minta usul agar England tukar Perdana Menterinya kepada ornag putih. Bukan ornag Asia. Bukan keturunan India seperti sekarang. Agaknya, kalau Datok Bandar London sekarang naik jadi Perdana Menteri Britainm seronak tak kita orang Melayu di Malaysia? Datok Bandar Kota Landon sekarang ialah Sadiq Khan. Juga keturunan India. Tapi yang ini agamanya Islam. Orang Islam sudah pun boleh jadi Datok Bandar di Bitain. Kalau di Malaysia, macam Menteri Besarlah. Di sana tak timbul sdoal kaum. Orang tak serang peribadinya dalam bentuk kaum. Mungkin dalam soal tatakelola diserang.

Namun, di Malaysia, ada Ketua Menteri di sebuah negeri bernama Pulau Pinang, bangsanya Cina. Orang Melayu , ramai yang sudah anggap Pulau Pinang sudah jadi hak Cina. Jadi orang Cina.

Beza sekali antara tamadun dan jalan fikir bangsa maju seperti Eropah dengan bangsa membangun seperti orang Melayu di Malaysia.

Orang perempuan yang kuat agama pun kalau cakap pasal poligami, dia memperlihat kefahaman sempurnanya dalam soal sunnahnya poligami. Dia suruh para wanita yang dengar celotehnya agar benarkan suami-suami berpoligami untuk menyelamatkan nasib para andartu dan janda-janda.Tapi, lihatlah bila suaminya sendiri dikatakan telah berpoligami, dia pingsan dna terkejut. Ada yang histeria, mengamuk dan lempar pinggan mangkuk di rumah kepada suami. Hatta minta cerai. Mulut cakap lain, tapi tindakan tidak serupa.

Demikian kelakuan kebanyakan bangsa wanita.

Apalah beza dengan kelakuan bangsa kita Melayu bila cakap soal perlunya keterbukaan, keadilan dan peluang sama rata untuk bangsa-bangsa di negara orang.  Tapi, kalau atas kepala sendiri, kita berat mengaplikasinya. 

Ini adalah perbandingan kesamaan perangai...


Haza huwal l qaul!