Hakikatnya, tidak seorang pun pemimpin muda kita yang dapat berpencak dengan bergaya di pentas politik. Lebih malang lagi, kalangan yang menampilkan wajah penerus gerakan politik Islam, masih corot berbanding mereka yang bercakap dengan bahasa politik nasional maupun sekular. Khalayak sedang menonton dan menyaksikan gelagat serta mengukur kebijakan para pemuka yang sedang beraksi. Sayang sekali, ramai kalangan yang mendokong suara Islam dan agama sebagai perjuangan masih mempamerkan kepongahan dan kedungguan.
Islam jauh dari kepongahan dan kedungguan. Islam mendidik para aktornya menjadi bijak laksana, sabar dan sentiasa berpandangan jauh. Para pendekar Islam bukan robot-robot yang dikaderkan untuk berfikir dan melaksanakan apa yang dicorak dan diwawaskan oleh para pendahulu. Seharusnya sosok-sosok yang membawa selogan perjuangan nabi adalah mereka yang mengkagumkan rakyat dari segi keperibadian dan wawasannya.
Memang akan ada yang memusuhi dan memperlecehkan. Namun permusuhan dan perlecehan yang datang dari orang-orang yang waras dan ideal adalah satu kejanggalan buat pejuang hebat yang menjulang nama Islam.
Muhasabahlah diri dan jangan merasa diri sebagai kaswari yang terbang bebas mulia di bawah langit dan atas awan gemawan.
No comments:
Post a Comment