Ada kalangan yang merasa bengang dengan jawapan-jawapan lunak TGHH mengenai Syiah. Kata mereka, TGHH tidak seperti Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang telah menukarsikap lunaknya kepada sikap keras kepada Syiah. Sehingga yang terbaru, Dr. Yusuf Al-Qaradhawi telah menukarkan panggilan Hizbullah kepada Hizbullat dan Nasrullah kepada Nasrullat. Seterusnya, beliau menafikan Iran sebagai sebahagian dari Islam.
Bagi yang tidak memahami feqah Dr, Yusuf Al-Qaradhawi, mereka akan mengatakan Dr. Yusuf Al-Qardhawi telah mengisytiharkan perang ke atas Syiah. Maka, apabila jawapan-jawapan TGHH mengenai Syiah di Malaysia ini tidak senada dengan reaksi Dr. Yusuf Al-Qardhawi terhadap Syiah di Lubnan dan Iran, timbullah kritikan-kritikan tehadap TGHH sehingga menyifatkannya sebagai ketinggalan keretapi, kapal terbang dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment