Memang tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian orang bersikap memusuhi sesuatu yang dia belum kenal. Bagaimana dia mahu kenal sedangkan dia tidak berusaha untuk kenal sesuatu yang dia musuhi itu. Seringkali kita baca komen-komen dalam FB orang memusuhi seseorang tokoh ilmuan. Malangnya , komen negatif yang dilontarkan itu adalah pantulan yang melantun caca marba kerana sebelum dia mendalami minda ilmuan tersebut.
Saya melihat kenaifan akal sesetengah orang yang suka membuat komen catatan ringkas di wall tokoh tertentu. Umpamanya Dr. Asri Zainal Abidin. Sebelum dibaca apa yang dimaksudkannya, komen kritikan telah dihumbankan. Ini watak orang yang mandom otak, tidak imiah dan menunjuk pandai sedangkan otak hanya tin kosong. Malas membaca artikal panjang, dia mengambil jalan pintas berfikir sendiri sedangkan otak sendiri itu tidak punya persediaan berfikir dengan baik.
Berletih-letihlah membaca dan jadilah orang cerdik sebelum mengkritik orang cerdik.
No comments:
Post a Comment