CARI BAHAN

Tuesday, July 30, 2013

Berikan tamparan buat orang yang puasa tak solat.

Usai solat Zohor kelmarin, mengimamkan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Taman Fajar, aku mengambil kesempatan untuk menyampaikan sedikit tazkirah ringkas buat mereka. Aku menekankan tentang pentingnya menjaga solat lima waktu. Aku tegaskan buat mereka, bahawa sesiapa yang meninggalkan solat lima waktu, mereka telah runtuhkan agama mereka. Mereka tiada habuan dari Islam sedikit pun. Malah mereka bukan sebahagian dari Islam.

Sudah lama kita berbasa basi dengan orang yang mengabaikan solat. Kita bahaskan khilaf pandangan dan menonjolkan pandangan yang mengatakan bahawa meninggalkan solat sementara masih mengakui kefardhuannya, hanyalah jatuh dosa besar. Orang yang puasa tapi tidak solat, kita masih puji dengan mengatakan " baguslah puasa walaupun tak solat....". Kononnya nak jaga puasa mereka agar mereka terus mengamalkan puasa. 

Apa kata kalau kita beralih kepada kaedah konfrontasi. Kita katakan, kalau kamu tidka mahu solat, tak payahlah kamu puasa. Apakah dengan tempelakan yang sebegini kita akan menyebabkan bertambahnya orang yang tidak puasa? Atau mungkin juga ia akan menyebabkan orang akan kembali mendirikan solat. 

Tegakkan syariat dalam nasihat. Janganlah guna melankolik otak fikir sendiri yang berbunga-bunga senda loka. Kekadang, hasilnya tetap nil juga. yang puasa tapi tak solat makin  naik toncang. Malah kekadang, merasa diri soleh "banget" hanya dengan puasanya miskipun tak solat. 

Tampar sahaja perasaan syok sendiri orang sedemikain, agar dia terjaga dari lena panjangnya!

Monday, July 29, 2013

CINTA ATAU KASIH SAYANG

Dalam perbualan sepanjang perjalanan bersama Sdr. Haris dan Masrur pulang daripada Ijtimak Tarbawi di Kundasang, topik cinta dan kasih sayang menjadi perbahasan kami. Aku mengemukakan pandanganku tentang cinta dan kasih sayang. 

"Cinta itu runtunan hawa sedangkan kasih sayang itu bimbingan iman...", aku mengemukakan falsafahku. 

Cinta Laila dan Qais dalam kisah Laila Majunun bukan sebuah kisah cinta suci. Selamanya, cinta itu adalah pancaran hawa dan hanyan merosakkan. 

Seorang lelaki yang mencintai seornag wanita ia akan terperangkap dalam salah satu dua lubang. Dia mungkin jatuh ke lubang dayus atau mungkin juga ke lubang zalim. Berapa ramai lelaki yang mencintai perempuan, dia tidak mampu menegakkan syariat dalam kehidupan perempuan itu. Maka jadilah lelaki itru dayus. Mungkin juga dia keterlaluan dalam mengongkong wanita itu sehinga dia menjadi zalim.

Namun, seorang lelaki yang kasih dan sayang kepada seorang wanita, khususnya isteri, akan membawa kepada sikapnya yang menegakkan syariat buat isterinya. Jika isterinya tidka menutup aurat, dia nasihatkan. Dia akan bimbing isterinya menuju jalan syurga dan menjauhi jalan neraka. Itulah baru kasih dan sayang. 

Buangkan sahaja cinta dan binalah kasih sayang. Konotasi cinta itu negatif tetapi konotasi kasih sayang itu positif.

Pada hari yang lain, akan saya panjangkan ulasan mengenai cinta dan kasih sayang ini supaya pembaca akan jelas apa yang saya maksudkan. Insya Allah.

Friday, July 26, 2013

Puak Tamarrod itu Munafiq

Puak Tamarrod itu usah dikatakan sebagai muslim. Walau mereka mengaku muslim, bagaimana hendak diterima keislaman mereka sedangkan mereka menjunjung sekular dalam hidup mereka. Kebencian mereka kepada Ikhwan dna golongan Islamis di Mesir lebih besar dari kasih sayang mereka kepada Yahudi laknatullah.

Mereka adalah kudis dalam dunia Islam. Mereka adalah nanah dan danur busuk dari luka berzaman ummat Islam. Mereka itu najis haid perempuan  datang bulan. Benar-benar nista dan hina puak Tamarrod.

Tamarrod adalah anak namrud, saudara Tsamud dan penganut Talmud.

Monday, July 08, 2013

PENGKHIANAT DIKONGKALIKUNG

Sekarang orang membicarakan mengenai parti An-Nour yang ditubuhkan oleh kelompok aliran Salafi Mesir. Sewaktu pengundian pilihanraya presiden, mereka menyatakan sokongan buat Dr. Mursi. Tetapi, kini, pemimpin parti tersebut bersekutu dengan anak-anak penderhaka (Tamarrud) dan membuat pakatan jahat menggulingkan Dr. Mursi. Kononnya, mereka telah merangka roadmap untuk Mesir sesudah penggulingan Dr. Mursi. Tetapi, apabila anak-anak penderhaka itu memilih Al-Baradei sebagai perdana menteri kerajaan sementara, nyatalah apa yang tersembunyi dalam kantung nifaq mereka.

Mereka kecewa kerana sekutu mereka tidak berpegang kepada roadmap yang telah dipersetujui. Mereka dikhianati. Si pengkhianat di khianati. Tidak ada simpati buat para pengkhianat.

Seperti kata seorang tokoh ulama Salafi,Abdurrahman Abdul Khaliq Alyusuf buat para Salafi omong-omongan dalam parti An-Nour:

"Dan ketahuilah bahwa kamu tidak akan menjadi pengganti Mursi meskipun mereka telah menggula-gulakan kamu hal itu karena sesungguhnya Allah tidak merestui tipu daya orang orang yg berkhianat".

Saturday, July 06, 2013

APA HENDAK KUKATAKAN LAGI TENTANG MESIR?

Lidahku menjadi kelu
Apa perlu kunasihati batu?
hati mana yang tidak sendu?
melihat buruknya perangai laku...

Qardahwi telah memberi masihat
Mesir baru menuntut taat
bukan mudah membuang karat
30 tahun mahu dikikis sesaat?

Mengapa 30 tahun mampu bersabar?
setahun revolusi sudah tidak sabar?

Bangsa apa  gelojoh amat?
bangsa apa tidak fikir cermat?
apa mahu diperintah malaikat?
setelah lama menjadi bangsat
ditindas hina para keparat.

Demi Allah buat mereka
yang menginjak kaki ke medan Tahrir
bergabung mengobar api tamarrud
Mereka tidak akan mendapat Musa
Mereka akan mendapat Namrud!

Sesal kelak tidak berguna
jangan menangis bermimpi Mursi
waktu igauan menjadi basi
kaum derhaka tak mengenal budi.

Disuruh pandai menempa besi
makan masa berhari-hari
bosan menanti dicari ganti
pengukir patung tampilkan diri.

Ikhwan yang sabar berdiri
pendokong yang setia simpati
jalan panjang berduri
sungguh aku amat kagumi

mengenang kalian aku tangisi
sungguh kalian bangsa sejati
Nama Mesir gah berdiri
kerana kalian putera puteri
punya maruah harga diri
jiwa kental payah dicari
moga Allah teguhkan hati
terus teguh hingga lestari
 kemenagan pasti bagi dijanji
sedikit tidak aku ragui
yakin pasti teguh terpatri
biar lama masa dinanti
janji Allah akan menjadi
makar durjana pasti pergi

Sungguh Mesir dekat di hati
kerana ia negeri sejati
Al-Ard nama diberi
di sana tersimpan kekayaan bumi
di sana bermula bangkit berdiri
Khilafah hanya sebuah mimpi
jika Mesir tidak sertai.

Allahumansur Ikhwanana
Wa alaika man Tamarrada alaina.


MERAMU RACUN MENJADI PENAWAR

Allah adalah pemberi hidayah yang satu dan tiada dua. Sekalipun dosa menyapu arasy, jika diberi hidayah oleh Allah SWT, akan terbungkam juga sujud taubat ke dasar tawadhuk. Andainya kekufuran melewati ketakburan Azazil, jika disentuh hidayah Allah, iman akan tumbuh menyelubungi diri.

Ia umpama seorang pembunuh upahan yang durjana. Diutus oleh sang durjana. Membawa segala helah muslihat durjana. Menerjah masuk ke perkampungan damai yang dihuni ummat bernama muslimin. Ia menunjuk baik dan jasa. Ia mempamer prihatin dan sifat membela. Ia menyebar sifat terpuji dan mengangkat harga diri warga. Tapi muslihatnya durja dan membawa utusan para durja. Ia laksana singa yang keluar dari rimba. Ia umpama gangster yang datang dari lorong gelap yang ganas.

Ulama Islam banyak sekali cendikianya. Hemah tinggi dan bijaksana  menjadikan ganster bertukar lunak. Jika datang penuh dendam kesumat, ia bertukar menjadi pengikut yang berkhidmat. Singa dalam rimba memang ganas. Tetapi jika berada dalam sangkar sarkas, jadilah ia jinak dapat dimanfatkan.

Semua kafir boleh diislamkan. Jika ada Firaun di zaman ini, harapan agar ia menjadi Islam tetap perlu ditancap dalam sanubari dan diusahakan dengan penuh kebijaksanaan. Jangan menyombong diri lalu berkata: "Firaun itu kafir dan selamanya kafir dan akan mati sebagai kafir". Selagi Firaun itu belum mati sebagai kafir, hendaklah kita menaruh harapan dna menggencar bijaksana dakwah agar dia menjadi Islam.

Siapa hebat dalam kekafiran, ketika Islam mengambil tempat dalam hatinya, jadilah dia hebat dalam Islam. Hebatnya itu akan melebih muslim yang telah Islam sebelumnya.

Ya...demokrasi itu memang sistem yang dibuat oleh orang kafir. Ia algojo kuffar yang dilepaskan masuk ke dunia Islam. Ia nampak baik tapi ganas menyimpan durja. Jika orang durjana boleh bertukar menjadi pembela Islam, mengapa tidak dengan demokrasi. Demokrasi itu seganas singa, tetapi bijakasana seorang ahli sarkas dapat menjinakkan singa. Hanya ulama faqih yang mampu memahami rahsia mengapa Allah campakkan sistem durjana bikinan orang kafir ke dunia Islam. Hanya mereka yang mampu menukar yang jahat menjadi baik. Sedangkan yang terjaga dari tidur,  terpinga dan menjerit cemas, penuh amaran dan melarikan diri. Sebenarnya tidak akan dapat lari orang yang bencikan dunia yang penuh tipudaya kerana dirinya sendiri pun adalah dunia yang memperdaya.

Objek tidak akan pernah meninggalkan bebayangnya. Mungkin bebayang hilang tetapi ia tetap menyusul ke mana sahaja bila cahaya menyimbah sinar.

Memang tidak mudah menakluki demokrasi yang dilahirkan dari rahim ibu yang penuh makar. Tetapi, orang berjiwa besar tidak akan mengalah. Orang berjiwa kerdil akan lari sejauh-jauhnya. Mereka akan memanjat gunung, bertapa, sambil sesekali keluar muka gua menghambur nista celaka buat demokrasi durja. Ketika demokrasi bermaharaja lela meratah lembah, mereka akan akan menyeru memanggil warga desa memanjat gunung berdataran sempit untuk menyelamatkan diri.

Pendekar yang berjiwa besar, akan mempertahankan lembah. Kalau lembah jadi neraka, mereka berjuang jadikan syurga. Kalau demokrasi itu durja, mereka berusaha menaklukinya dan jadikan ia kesempatan buat membangunkan ummat. Ummat yang bangun akan dapat melepaskan ikatan yang membelenggu.

Telah lama dan telah banyak sistem algojo durja yang manusia cipta. Sebahagian dapat diadaptasi dengan Islam kerana Islam itu sifat menakluk dan bukan ditakluk. Dulu sistem Autokrasi merata dalam dunia. Dari Timur menganjur ke Barat. Islam menakluk dan menjadikan sistem itu pembela buat Islam. Raja-raja alam Melayu yang hari ini disebut pembela Islam, berdiri atas warisan leluhur mereka yang diberanakkan autokrasi.

Zaman autokrasi kian pudar. Demokrasi pula mengambil tempat. Kehebatan pencak juang beraneka kita di zaman autokrasi mencengkam taringnya, kini kita pamerkan pula di zaman demokrasi. Kita adalah gergasi bijaksana yang membawa sistem cakerawala yang tidak akan mati akal dengan sistem kecil sekangkang kera ciptaan manusia.

Saya letih dan jemu mendengar orang mencemuh hulubalang Islam yang berjuang di medan demokrasi. Terlalu banyak bisa lidah yang dijilatkan ke atas pemimpin Islam yang siang malam berjuang menyelamatkan nasib ummat. Dr. Mursi di Mesir, Rashid Ghanushi di Tunisa, Erdorgan di Turki, TG Nik Aziz Nik Mat dan TG haji Hadi di Malaysia serta ramai lagi tokoh Gerakan Islam seantero dunia, mereka dicemuh kerana bersenda dalam pencak silat demokrasi.

Kita ummat hebat dan dan khazanah zaman kita sarat untuk dipelajari. Orang yang tergolong dalam umat ini semestinya mengambil berat dengan nasib ummat ini. Menyelamatkan ummat daripada diratah pelakon yang bersenjatakan demokrasi adalah kewajipan dan petanda kebesamaan dengan ummat. Enggan bersenjatakan demokrasi tetapi menawarkan senjata warisan yang tiada di tangan,  akan menyebatkan ramai korban tidak terbela angkara pelakun antagonis demokrasi.

Doakan kejayaan buat Dr. Mursi dan Erdorgan. Juga buat pahlawan seumpama mereka di negara kita. Biarpun banyak halangan dan banyak kegagalan, itu adalah tradisi kepada perjuangan sepanjang zaman. Kita juga menghargai dan menyanjung tekad palawan jihad peperangan di bumi berdarah seperti Syria, Afghanistan, Somalia, Selatan Patani, Selatan Filipina dan serata ceruk rantau dunia yang menuntut peperangan. Di bahagian yang tiada peperangan, kita tidak boleh sesekali mencipta peperangan. Namun, jika meletus peperangan, kita tidak boleh sekali-kali mundur.

Allahumma ameen....Tsabbitna Ya Maulana....

Friday, July 05, 2013

Baik dan jahat bersaing

Masalahnya ialah bila anda jadi orang baik. Bila anda jadi orang baik, orang jahat tidak suka. Orang jahat hanya mahu orang jadi jahat macam mereka. Kalau ada orang baik, kejahatan mereka akan tergugat. Agar kejahatan mereka terus lestari, biarlah semua orang jadi jahat.

Ada sekumpulan polis JPJ buat roadblock. Semasa roadblock tersebut, bos di lokasi tersebut berpakat dengan anak buahnya agar para pesalah lalu lintas yang mahu membayar supaya tidak disaman, boleh ambil bayaran tersebut. Tetapi hendaklah dibuat secara senyap. Tapi, ada pula anggota di lokasi yang tidak mahu terlibat dan menentang pula agenda busuk bos dan anak buah brengset yang lain itu. Apa akan jadi? Anggota yang mahu jadi baik dan menolak rasuah itu pun akan ditentang oleh semua anggota yang lain. Anggota lain akan membentuk ahzab untuk menjatuhkan anggota yang bersih itu. Tibdakan yang dilakukan hanyalah untuk mempertahankan legasi kejahatan yang mereka lakukan.

Demikian pula, kalau dalam sekumpulan orang baik, ada pula yang jadi jahat, dia akan dikutuk dan dicela. Katakan dalam sebuah pasentren yang mengajarkan ilmu Tauhid berasaskan sifat 20, ada pula yang menyongsang menyebarkan ilmu tauhid cara salafi. Tentu yang membawa cara salafi itu ditentang habis-habisan. Malah, kalau sebaliknya pun,  akan terjadi hal yang sama juga.

Masih ingatkah perkataan kaum nabi Lut setelah mereka tidak ada lagi hujah melawan nabi Lut. Mereka berkata:



Thursday, July 04, 2013

Penzalim akalnya cuma sebiji zarah

Tidakkah orang yang zalim itu mengambil pelajaran?
Bukankah sejarah telah menceritakan?

Firaun yang bongkak kesudahannya lemas di laut.
Namrud, Hammam dan Qarun,
Yang berkuasa di masa lalu
sambil berkata: "akulah pemilik zaman ini".
kini telah pun mati ditelan bumi
hancur luluh bersepai sebati tiada sisa baki lagi.

Berapa banyak bangsa perkasa telah sirna?
Berapa ramai kerabat kabilah nan gagah telah hilang nama?
Dulu asal raja...cicitnya kini hamba hina.
Mulanya moyangnya kaya menindas merampas hak yang bukan miliknya
kini keturunannya merempat miskin mengais razeki butir demi butir.

Mengapa orang zalim tidak mengambil pelajaran?
Teganya darah insan tidak berdosa ditumpahkan.
tanpa salah orang baik disumbat ke penjara.
hak dan maruah direnggut
harga diri mangsa diinjak
buat kita keliru antara singa di rimba dan si zalim durja
mana satu haiwan mana yang manusia

Untuk apa berhabis kudrat
membina watak musibat dalam jagat
hujungnya mati nama dilaknat

Sungguh kasihan para penzalim itu.



ولاتحسبن الله غافلاً عما يعمل الظالمون، إنما يؤخرهم ليوم تشخص فيه الأبصار. مهطعين مقنعي رؤوسهم، لايرتد إليهم طرفهم، وأفئدتهم هواء



Dan janganlah sekali-kali kamu menyangka bahwa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh para penzalim itu. Sesungguhnya Allah hanya menangguhkan balasan ke atas mereka ke satu hari dimana mata mereka akan terbelalak (lantaran tidak menduga balasan itu). Mereka akan dating dalam keadaan bergegas cemas dengan kepala terdongak ke atas penuh kehinaan sementara mata mereka tidak mampu berkelip. Hati mereka pula kosong.

(Surah Ibrahim: Ayat 42-43)


Ulama bukan pada jawatannya

Mulia manusia kerana iman dan ilmu. Iman itu datang dari ilmu. Masakan si jahil punya iman. Maka setiap orang beriman itu punya ilmu. Dan tidak dinamakan berilmu jika tidak beriman. Kerana ilmu itu sejenis cahaya. Juka tidak memberi cahaya sehingga menerbitkan buah iman, maka yang disangka ilmu itu hanyalah sekadar pengetahuan atau maklumat. Sebab itu, hanya yang berilmu akan memanjat tangga keulamaan. Mereka yang tidak memiliki ilmu tetapi memiliki pengetahuan dan maklumat tidak digelar ulama. Kerana...yang namanya ulama itu mesti pewaris nabi.

Jika seorang ulama itu tidak mewarisi nabi, bukanlah dia seorang ulama. Orang panggil dia ulama, tetapi di sisi Allah dia bukan ulama. Dia tidak angkat darjat oleh Allah SWT sebagaimana janjiNya buat ulama. Panggilan ulama utu hanya sekadar lughawi dan tidak memiliki maknawi.

Ketika mendengar khabar bahawa Syeikh Al-Azhar, Dr. Ahmad Tayyib bersekutu dengan pasukan Ahzab untuk menumbangkan Dr. Mursi, mengertilah hendaknya semua yang menyaksikan bahawa Syeikh Al-Azhar itu hanya nama sebuah jawatan. Ia tidak punya hubungan maknawi dengan keulamaan. Hanya adat yang difahami orang, penjawat itu seorang ulama.

Ulama itu bukan pada lughawinya, tetapi dari segi maknawinya. Ia menyangkut makna pewaris kenabian dan pengangkatan darjat di sisi Allah SWT. Jika diletakkan Al-Baradei di posisi itu, dia pun disebut orang sebagai ulama. Ditambah pula jika dililit selengkar serban yang membalut tarbus merah dan memakai pula sejenis jubah mahal berkain keras warna hitam atau kelabu.

Seorang ulama tidak akan pernah jatuh oleh putaran masa. Namun, penjawat akan dihantui masa pencennya. Kelak, ketika jawatan hilang, tahulah orang bahawa dia bukan ulama. Hanya jawatannya itu yang mengaburi mata dan menimbulkan sangka bahawa dia ulama.

Jika Bal'am sanggup menentang Musa, apa ditakjubkan sirah Syeikhul Azhar. Wallahu waliyyut taifiq wailahil Ma aab!

Tela'ah Sunnatullah Tenangkan Gundah

Saya mengerti kegundahan hati kamu wahai sabahat. Umur kerajaan Mesir pimpinan Mursi masih sangat pendek sebelum datang bencana coup d'état oleh tentera Mesir. Harapan yang sedang berbunga, tiba-tiba layu tidak bermaya. Bukan sedikit manusia seluruh dunia yang menyimpan harapan buat Mursi mengembalikan kegemilangan Mesir yang bersejarah. Namun, nampaknya sesuatu yang hebat jalan berganda-ganda payah.

Namun, memang demikian sunnatullah. Perjuangan itu satu sangat payah. Apa yang kita bicarakan di Malaysia ini barangkali sekelumit cuma daripada apa yang telah dipugar dan dikobarkan di Mesir bumi yang bertuah. Korban pewaris semangat nabi Musa dan kebijaksanaan Amru bin Al-Ass di Mesir bukan alang kepalang. Jemari tangan dan kaki sudah tidak mampu menjadi alat pembilang lagi.

Dulu, sebelum nabi Yusuf berkuasa di Mesir, petualang penjajah Romawi menghisap kekayaan Mesir. Qibti bukan apa-apa walau bumi tumpah darah sendiri yang dipijak. Nabi Yusuf yang dikatakan mengangkat harkat peribumi. Maka, hasil pengorbanan nabi Yusuf, dapat bangsa Bani Israel menumpang tuah. Namun, di kala Firaun mengambil kekuasaan, Bani Israel menjadi hamba suruhan.

Allah tumbangkan Firaun. Pelbagai kuasa bertukar ganti di Mesir. Yang datang menjarah dan kemudian pergi atau dipaksa pergi. Berapa tahun pun masa berkuasa, tentap ada hujungnya.

Mubarak sahaja berkuasa sekitar 30 tahun. Pendahulunya juga punya dosa yang serupa. Kezaliman mereka ke atas pemuda-pemuda Ikhwan bukan lagi rahsia.  Tetapi, kekuasaan mereka tetap ada akhirnya. Memerintah 30 tahun bukan satu tempoh masa yang panjang buat Mubarak. Memerintah hanya 2 tahun buat Mursi bukanlah satu masa yang pendek buat para fulul yang gelisah itu.

Allamah Iqbal pernah bermadah:



Umur bukan hitungan tahun,
Hidup bukan bilangan masa.
Sehari hidup singa di rimba,
Seribu tahun hitungan domba.
 Usah tenggelam dan karam dalam kesedihan wahai sahabat.  Memang sudah sunnatullah begitu. Allah menciptakan pusingan roda dalam negeri untuk menjadikan tanah subur dalam negeri menumbuhkan bunga mekar yang akan mengharumkan syurgawi. Mungkin kita menderita kerana kehilangan sebuah kerajaan harapan buat ummat. Tetapi, penderitaan yang ditanggung oleh mereka yang benci melihat fajar Islam bersinar itu adalah lebih parah. Derita kita berbayar pahala sedang derita mereka menambah sengsara.

Setelah tersengguk seketika dalam rasa terpukul, kita kembali sedar dan berserah serta yakin dengan seni takdir Allah SWT. Jangan terpedaya dengan kembalinya berkuasa soldadu syaitan kerana itu hanyalah sebuah "ghurur".

Allah berfirman:



مَا يُجَادِلُ فِي آيَاتِ اللَّهِ إِلاَّ الَّذِينَ كَفَرُوا فَلا يَغْرُرْكَ تَقَلُّبُهُمْ فِي الْبِلادِ

Tidak ada yang memperdebatkan tentang ayat-ayat Allah, kecuali orang-orang yang kafir. Karena itu janganlah kamu terpedaya kerana melihat mereka berulang-lang menjarah di dalam negeri.


كَذَّبَتْ قَبْلَهُمْ قَوْمُ نُوحٍ وَالْأَحْزَابُ مِن بَعْدِهِمْ وَهَمَّتْ كُلُّ أُمَّةٍ بِرَسُولِهِمْ لِيَأْخُذُوهُ وَجَادَلُوا بِالْبَاطِلِ لِيُدْحِضُوا بِهِ الْحَقَّ فَأَخَذْتُهُمْ فَكَيْفَ كَانَ عِقَابِ


Sebelum mereka, kaum Nuh dan golongan-golongan yang bersekutu sesudah mereka telah mendustakan (rasul) dan tiap-tiap umat Telah merencanakan makar terhadap Rasul mereka untuk menawannya dan mereka membantah dengan (alasan) yang batil untuk melenyapkan kebenaran dengan yang batil itu. Karena itu Aku azab mereka. Maka betapa (pedihnya) azab-Ku?


(Surah Ghafir: Ayat 4-5)


Menela'ah jatuh bangun soldadu kesyaitanan sepanjang zaman memberikan kita ketenangan. Ia menghilangkan duka nestapa dan mengembalikan semula ke persada perjuangan dengan siasat baru dan seni lenggok silat perjuangan yang lebih kekar. Insya Allah, sebelum puas sang algojo menghirup selesa keberhasilannya, akan datang pusingan ke atasnya.



Anak-anak Tamarrud

Anak-anak tamarrud
zuriat kaum Tsamud
tentera-tentera Namrud
penganut ajaran Tsalmud

Kalian diam menjilat Mubarak
kini menjadi hamba para fulul
30 tahun sanggup meratib angguk
sami'na wa ato'na
2 tahun  Mursi berkuasa
kalian gelisah memberontak
abaina wa asoina

Jangan kalian berhikayat
mendabik diri bangsa hebat
kalau hanya mengenal piramid
namun tidak mengenali Al-Azhar.

Kalianlah anak-anak tamarrud
yang bertajassud membela Lahud
nafsu sebuas  yakjud makjud
menyembunyikan nifaq di perut Uhud
di puncaknya galak bertasyahhud

Musa menangis pilu
Amru Al-As menjadi kelu



MILLAH WAHIDAH

Di mana pun berada dan apapun namanya, mereka yang membenci Islam itu hanya berdiri di atas satu millah. Mereka bersatu untuk menggerogoti Islam. Mereka bersatu dibawah sistem ciptaan manusia, tetapi cempera di bawah sistem Islam. Demikian, kerana kejadian manusia itu rapuh dan mudah digelincirkan oleh permainan syaitan dan iblis.

Saya melihat, kalau namanya sekular, di mana pun berada, ia tentap mendokong sekular.  Kerajaan Malaysia tidak pernah mendokong utuh kerajaan Mursi di Mesir maupun Erdoghan di Turki.  Perjuangan para mujahidin di Syria juga dilebelkan sebagai pemberontakan. Kerajaan bengis lagi gila Bashar Al-Assad itu lebih rela dinobatkan sekalipun paksinya adalah agama Syiah yang sesat gelap bernoda.

Kumpulan Sosialis yang bersarang dalam politik Malaysia juga tidak pernah mendokong kebangkitan Islam. Itu semua adalah kerana para lawan Islam itu semuanya berada pada millah yang sama.

Allah menghancurkan mereka sehancur-hancurnya. Insya Allah!