Tan Sri Rafidah Aziz berikan 5 sebab kenapa dia tidak bertudung.
1) Suami tak suruh
2) Kabinet menteri tak suruh.
3) Perlembagaan negara tak suruh
4) Itu dosa peribadi
5) Dia wanita yang sudah putus haid.
Rujuk: Astroawani
Pasal alasan pertama, suami Tan Sri kena jawablah. Selama jadi suami, tidak pernah suruh, kira-kira tak lepaslah. Maknanya, Tan Sri Rafidah ni orangnya bagus juga. Taat kepada suami. Alhamdulillah. Patut semua wanita kena ada sikap macam tu. Taat pada suami. Suami pula kena ingat. Suami yang beruntung adalah yang taat kepada Allah.
Alasan kedua, ini pun nampaknya bagus. Tan Sri ini orang patuh pada majikan. Pimpinan dalam organisasi. Dia menanti arahan daripada majikannya. Kalaulah majikannya masa dia jadi menteri dulu suruh dia pakai tudung, harus-harus dia pakai tudung. Sayangnya, peraturan itu tak ada. Semua yang bekerja kena ada sikap ini. Sikap patuh pada majikan. Buat kerja mesti berpasukan....
Pasal perlembagaan ini, agak pelik. Kalau pasal bertudung pun kena masuk perlembagaan, adalah lebih aula solat 5 waktu kena masuk dalam perlembagaan. Alasan ini lucu dan tak logik.
Memang tak pakai tudung itu mulanya dosa peribadi. Kalau itu alasannya, apa boleh buat. Dakwah sudah sampai dan alasan ia dosa peribadi memang benar. Orang lain tak boleh paksa. Tapi, kalau dedah aurat kepada orang, akhirnya ia jadi dosa terdedah juga. Akhirnya tidak lagi peribadi. Dosa peribadi ni macam duduk dalam bilik, telanjang dan tengok gambar blue. Tak siapa tahu. Itu baru peribadi. Kalau orang nampak, ia bukan peribadi. Lebel tak pakai tudung itu dosa peribadi, aku kurang setuju. Tapi, memang doasa itu tak sebeasar dosa pecah amanah harta awam, rasuah dan seumpamanya.
Soa wanita haid tak perlu bertudung, itu salah faham nas Quran. Cetusan yang tak matang dari aspek hukum. Hal ini telah pun dijawab oleh pakar. Kita lihat apa yang ditulis oleh Dr. Kamilin Jamilin boleh dijadikan bahan renungan.
Wanita Berusia Yang Telah Putus Haid Boleh Buka Tudung??
1. Firman Allah SWT:
وَٱلۡقَوَٲعِدُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ ٱلَّـٰتِى لَا يَرۡجُونَ نِكَاحً۬ا فَلَيۡسَ عَلَيۡهِنَّ جُنَاحٌ أَن يَضَعۡنَ ثِيَابَهُنَّ غَيۡرَ مُتَبَرِّجَـٰتِۭ بِزِينَةٍ۬ۖ وَأَن يَسۡتَعۡفِفۡنَ خَيۡرٌ۬ لَّهُنَّۗ
“Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka” [al-Nur: 60].
2. Ramai yang salah faham dengan maksud “ثياب” yang disebut di dalam ayat dengan menyangka ia bermaksud tudung atau pakaian yang mendedahkan aurat.
3. Para sahabat dan tabiin BERSEPAKAT bahawa “ثياب” yang dimaksudkan di dalam ayat ialah pakaian luar (pakaian atas pakaian) atau apa yang dikenali sebagai jilbab.
Ia merupakan tafsiran dari Ibn ‘Abbas RA, Ibn Mas’ud RA, Ibn ‘Umar RA, al-Sya’bi, Sa’id bin Jubayr, al-Hasan, Mujahid, ‘Ata’ bin Abi Rabah, ‘Ikrimah, Qatadah dan tokoh tafsir ulung lain [Rujuk: Tafsir ‘Abdul Razzaq, Tafsir al-Tabari, dan Tafsir Ibn Abi Hatim].
4. Apa itu jilbab?
Jilbab merupakan pakaian luar bagi wanita seakan selendang besar yang kebiasaannya diletakkan di atas tudung bagi menutupi wajah atau membaluti badan dari ternampak bentuk tubuh seperti yang dipakai di beberapa negara arab atau Iran.
‘Aisyah RA menyebut: “Seorang wanita itu menyandang jilbabnya dari atas kepalanya (bagi) menutupi wajahnya” [Rujuk: Sunan Sa’id bin Mansur].
5. Sebahagian ulama lain menukilkan ijmak akan kewajipan seorang wanita berusia menutupi rambutnya walau berapa sekalipun usianya.
Menyingkapinya secara sengaja sedangkan mampu menutupinya ketika solat boleh membatalkan solatnya [Rujuk: Ahkam al-Quran oleh al-Jassas, dan al-Muhalla oleh Ibn Hazm].
Justeru rambut wanita tua juga adalah aurat sama seperti wanita muda tanpa khilaf. Cuma yang telah tua diberi kelonggaran untuk tidak memakai jilbab.
6. Namun ayat di atas menyebut: “Perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka”, iaitu sifat extra cautious itu merupakan ciri takwa yang lebih baik.
Suatu hari ‘Asim al-Ahwal masuk bertemu Hafsah binti Sirin yang telah tua, lalu Hafsah segera menutupi dirinya dengan jilbab.
Maka ‘Asim pun berkata: “Semoga Allah merahmatimu. Bukankah Allah telah berfirman…(membacakan ayat surah al-Nur tersebut)”?
Lalu Hafsah bertanya kepadanya: “Kemudian apa yang disebut di akhir ayat?”.
Jawab ‘Asim: “Perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka”.
Ujar Hafsah: “Ya, aku memilih untuk berjilbab (kerana itu lebih baik)” [Sunan Said bin Mansur].
-Dr. Kamilin Jamilin - Seni Hadith -
Apapun, para pendakwah Islam perlu berlunak mendepani orang seperti Tan Sri Rafidah ini. Dia percaya kepada Islam, dosa dan siksa kubur. Kira ada imanlah. Cuma dalam bab tudung dia enggan. Besukurlah. Belum pernah kita dengar dia menghina agama , jilbab dan syiar-syiar agama. Bukan macam sekelompok orang yang tidka punya kedudukan apapun dalam masyarakat, tapi tak jaga lidah dna mencela perkara-perkara yang telah jadi pegangan umat Islam.
Semoga Allah berikan hidayah yang sempurna dan lestari kepada Tan Sri Rafidah ... kepadaku juga hidayahNya kupohon...
No comments:
Post a Comment