Subuh, bangun awal. Kalau sempat solat tahajjuud. Solat sebelum Subuh, azamkan jangan tinggal seumur hidupmu. Kalau terlepas, digalakkan Qodha. Boleh buat selpas selesai solat fardhu Subuh atau kalau mahu buat bila sudah masuk waktu Duha, pun boleh. Sebaik-baik solat adalah berjemaah di masjid atau surau. Surau atau masjid itu istilah sahaja. Kedua-duanya masjid danm boleh niat iktikaf di dalamnya. Berjemaah adalah disuruh baik lelaki maupun perempuan. Jika mahu solat terbaik, buatlah di masjid berjemaah. Perempuan tidak perlu guna alasan hadis nabi bahawa solat di rumah lebih baik. Double standard. Kalau pasal solat, mahu ikut satu riwayat hadis. Solat sahaja di rumah. Kalau pasal mahu keluar membeli belah, sanggup pula berulang-ulang peleseran di pasaraya. Boleh pula keluar kerja di ofis , kilang atau sekolah.
Solat surau An-Nur, Taman Akasia, jemaahnya kecil. Tapi cukuplah dan itu lebih baik beribu kali daripada solat subuh di rumah. Kalau rajin hendak pergi masjid Kuala nerang, jemaahnya memang ramai. Kalau mahu, silakan.
Semua orang boleh lakarkan hari masing-masing- Boleh corak kanvas hidupnya. Nanti di akhirat akan pungut hasilnya. Orang lain tidak campur. Mereka pun sibuk dengan hasil tuaian sendiri. Kalau tiada penambahbaikan hidup bersama pertambahan umur, maka nantikanlah penyesalan di hari muka.
Mana sahabat kenalanku itu? Tidka nampak di masjid subuh ini? Datuk dan Tan Sri, mash sibukkah dengan urusan duniamu?Kalau kau sendiri pilih hidup dengan dunia yang tidka pernah kenyang, apa boleh buat. Kita semua akan mati. Sesal hanya bergulat dalam diri boleh dah mati dan terputus hubungan dengan dunia. Itulah hakikat yang pasti belaku.
Pagi ini pagi Jumaat. Solaty subuh baca alam lam mim Sajdah dan surah Al-Insan. Ini dua surah penghias pagi Jumaat. Hari Jumaat pula jangan lupa baca 10 ayat pertama surah Al-Kahfi. Ia pendinding diri daripada fitnah dajal di akhir zaman. Solawat atas nabi perbanyakkan. Istighfar pun banyakkan juga. ia penghapus duka hidup.
Astaghfirullah...
Allahumma solli ala muhammad....
Hidupmu akan berubah kalau selalu ingatkan Allah dan mohon ampun kepapdanya.
Bukan masalah kalau kau buat dosa. Masalahnya adalah bila kau tidak mahu mohon ampun dan bertaubat.
Anak isteri...jangan lupa kejutkan solat subuh. Tidak ada gunanya kau solat seornag tapi keluarga menempah api neraka.. esok-esok mereka berhujah depan Allah mendakwamu kamu. Sebelum tiba hari kamu tiada jalan membela diri, jadikanlah hujjah buatmu di sini. Suruh dan peringatkan mereka solat. Buat dengan sabar dan berterusan. Sehinggalah solat menjadi tiang seri kehidupan anak-anakimu.
No comments:
Post a Comment