Ketika banjir menghentam negeri-negeri pantai Timur, keperihatinan rakyat Malaysia terpanggil untuk menghulurkan bantuan. Banyak pondok panas misi kemanusiaan terbina untuk memungut sumbangan derma dan menyalurkannya kepada mangsa banjir. Kesusahan rakyat Terengganu, Pahang dan Kelantan memang tidak dapat dinafikan. Bantuan terhadap mereka adalah petanda sikap mulia insan yang menjadi warga negara bertuah ini.
Saya bangga dengan sikap rakyat jelata semua. tetapi, saya terkenang kisah luka rakyat marhaen yang kelaparan di daerah-daerah tinggi yang tidak dibanjiri tanah penempatan mereka. Mereka serba kekurangan kerana hujan turun tak berhenti dan kerana itu mereka tidka boleh menoreh getah mencari razeki.
No comments:
Post a Comment