Kisah Sirul dan Azilah yang dituduh membunuh Al-Tantuya kini
berkocak lagi. Bebberapa tahun lalu mereka dibebaskan mahkamah daripada sabitan
kes tersebut. Lantas, rayuan dibuat atas keputusan itu. Terkini, mereka kembali
dijatuhkan hukuman mati. Hampir seluruh rakyat Malaysia sudah meyakini bahawa
merekalah algojo yang membunuh Altantuya. Hanya berlaku kesamaran tentang
dalang yang berpanca sitara di belakang layar. Ia masih menjadi cerita-cerita
misteri yang tidak dapat terdedah.
Rasanya, dalam dunia ini akan berlalulah bebilah harinya dan
dalang dua algojo itu tentap akan menjadi misteri. Kelak, di mahkamah Allah
SWT, warga mahsyar akan mendapat tahu. Betapa cermat tabir ditutup, ia hanya
sekadar episod pendek dunia.
Sirul dan Azilah berada di luar negeri. Mereka dibela pula
oleh kerajaan Australia. Nyawa mereka yang diputuskan halal direnggut oleh
mahkamah di Malaysia nampaknya masih cuba dilanjutkan. Maka, untuk mereka
berdua, kita katakan, hiduplah semahumu. Satu hari kamu akan mati juga. Betapa
jauh lari menggendong dosa membunuh Altantuya, kelak akan ditampar juga oleh
Malakatulmaut. Sirul dan Azilah tidak akan mampu bertahan dan mengepung nafas
hayat mereka.
Di Mahsyar, mereka berdua akan menuduh tuan mereka yang bijak
main makyung di dunia dan masing-masing cuba berlepas diri. Lalu, saat itu itu
mereka akan berkata:
يَا
وَيْلَتَى لَيْتَنِي لَمْ أَتَّخِذْ فُلانًا خَلِيلا
" Aduhai kiranya dalam dunia dulu tidak menjadikan diriku pengikutnya!".
Namun apalah erti sesal setelah sesalan tiada harganya.
No comments:
Post a Comment