Berita kelmarin melaporkan Chin Peng telah meninggal. Beliau meninggal pada usia 90 tahun di Bangkok, Thailand. Ada upaya pihak tertentu untuk membawa bali jenazahnya untuk disemadikan di Malaysia. Ini kerana Chin Peng adalah anak kelahiran Perak. Namun, suara-suara daripada beberapa menteri kanan kerajaan menolak cadangan membawa balik Chin Peng kerana beliau merupakan pemimpin komunis, pengganas dan bukan juga warganegara Malaysia.
Kebencian kepada Chin Peng mengatasi segala kebencian. Lebih benci daripada Yahudi. Cerita-cerita kekejaman komunis menjadi ispirasi untuk mengobarkan kebencian kepada Chin Peng. Membenci Chin Peng dilihat sebagai patriotisme. Siapa tidak bencikan komunis, dia tidka menjunjung semangat patriotisme.
Kisah komunis itu kisah masa lalu. Macam juga kisah terbunuhnya Saidina Hussin di Karbala. Ornag Syiah, dalam menunjukkan cinta mereka kepada Saidina Hussin, mereka perlu mempamerkan kebencian kepada Muawiyah dan kaum keluarganya. Malah mereka perlu mengkultuskan keturunan Saidina Hussin. Mencintai dan menunjukkan cinta dianggap sebagai ibadah. Demikianlah halnya dengan membenci komunis, dilihat sebagai patriotisme.
Apa yang diperolehi dengan membenci komunis sedangkan komunis bukan lagi ancaman negara dewasa ini. Negara asal komunis itu pun telah meleraikan fahaman mereka satu demi satu. Mengapa lagi kita mengobarkan kebencian kepada komunis? Kita mengobarkan kebencian pada satu yang telah menjadi sejarah.
Apakah ini juga perangai Syiah yang ditiru panut orang kita?
Kalau perlu benci komunis, bencilah sama penjajah Inggeris. Gali dan bakar sahaja kubur-kubur penjajah yang berserakan di bumi Malaysia.
No comments:
Post a Comment