Kalau tiada rahmat daripada Allah SWT, tiadalah kita menjadi orang beriman. Dahulu, pada zaman bahari, leluhur kita bukannya kalangan beriman. Kemudian melahirkan keturunan yang kelaknya menurunkan kita yang menjadi ornag beriman. Itu adalah pilihan Allah buat kita. Kita hendaklah meninsafi dan mensyukuri nikmat tersebut. Dalam kita sudah beriman kepada Allah dan juga rasulnya, ada saudara-saudara kita dalam kemanusiaan yang berlum diberikan hidayah keimanan. Kita perlulah melihat mereka denagn rasa kasih sayang kemanusiaan dan mendoakan serta mencari jalan sepenuhn ya agar hidayah keimanan terbantang luas buatnya.
Pentas parlimen dihebohkan baru-baru ini apabila seorang ahli parlimen muslim menegur seorang ahli parlimen bukan Islam yang menggunakan kkalimah-kalimah berkaitan keimanan orang Islam dalam ucapannya. Ahli parlimen bukan Islam itu menyebutkan kalimah Alhamdulillah, sujud syukur dan ucapan tersebut menjadi identiti orang Islam yang beriman. Ucapan itu dilihat oleh sang MP muslim itu sebagai tak wajar kerana MP yang berucap itu bukan orang Islam.
Ini adalah deretan stigma terdahulku yang membabitkan kalimah Allah SWT. Orang bukan ISlam tidak boleh menyebut tuhan denagn nama Allah. Itu isu dahulu. Isu yang berlaku hari ini juga bertitik tolak daripada konteks yang sama. Penggunaan istilah yang khusus untuk orang Islam tidak boleh bagi ornag bukan Islam.
Inilah stigma yang dibina. Apakah ia benar ? Apakah ia memperkaya dan memperteguhkan agama Islam? Yang penting, apakah Allah dan rasulnya redha sikap mengeksklusif istilah itu hanya buat orang Islam?
Sebahagian orang Islam merasakan dirinya menjadi benteng hadapan membela Islam. Dia rasa dirinya kota yang menjaga keselematan Islam. Sedangkan dia berada dalam kota yang telah teguh berdiri sejak berzaman dan dia terpelihara dengan kota itu. Islam telah terbina kukuh sejak berabad-abad dan manusia, baik yang Islam atau yang kafir adalah semut-semut kerdil yang menumpang rahmat Islam. Ada yang masuk dalam kota dan ada yang berkeliaran di luar.
Orang kafir yang mahu meneguk rahmat Islam, maka tidak sesiapa yang berhakl menghalang. Tidak seorang pemimpin kaum muslimin sekalipun. Islam bukan haknya. Islam hak Allah SWT. Allah boleh memilih sesiapa sahaja untuk mengucapkan kalimatnya.Orang muslim, walau sejengkal lagi nak mati sebagai muslim dan menjadi ahli syurga kerana. belum tentu dia akan mati sebagai muslim. Muslim di sisi manusia dan di sisi Allah SWT terlebih masyghul. Demikian sebaliknya. Seorang kafir itu, sejengkal lagi nak mati sebagai kafir dan akan ke neraka kerananya. Ia belum tentu. Di hujung riwayat, Allah boleh menukarkannya. Menjadi muslim di sisi manusia dan kita menghukum berdasarkan itu. Boleh jadi muslim di sisi Allah dan kita tidak tahu dalam hayat dunia ini melainkan hanya tahu di hari kiamat nanti.
Episod hidup bertukar sentiasa. Jangan syok sendiri. Banyak risau dan bersyukur. Tanamkan rasa rahmat dalam diri buat orang yang meraba-raba mencari jalan terang. Bimbing mereka dengan lembut dan raikan keinginan mereka. Jangan membina blockade yang tidak menyuntik untung sekelumit buat agama ini.