Ketika aku menghuni permukiman sementara di Lunas, di Taman Seladang Emas, aku menjadikan Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Sungai Limau sebagai tempot aku mendirikan solat fardhu berjemaah. Aku tidak berkesempatan untuk solat setiap waktu di sana. Hanya Solat Subuh dan Insya yang aku selalu di sana. Solat Zohor di sekolah. Solat Maghrib kerap bersama isteri di rumah. Solat Asar kekadang sahaja, iku semangat.
Sekali peristiwa, tatkala aku solat dalam saf, ada seorangg lelaki di sebelahku , waktu sujud, menyinggung aku dengan sikunya. Aku tidak tahu puncanya. Lepas solat, dia bangkit beredar. Kebetulan aku juga tergesa-gesa dan bangkit beredar. Kebetulan pula aku menurut dari belakangnya. Mungkin disangkanya aku cari gaduh, dia berpaling dan tujuk dadanya. Mata menjengilku. Aku sebenarnya mahu solat sunat dan tidak mempedulikannya.
Kisah itu berakhir begitu sahaja dan jadi kenangan yang muram. Fikiranku terganggu dengan feel dan sikap orang itu.
Kemudian, ada satu orang yang lain, seusai solat subuh di satu hari, menegurku di luar masjid.
Dia bertanyaku apakah aku ada was-was. Aku katakan kadang-kadang dan sedikit. Dia kata banyak. Memang, kekadang sewaktu takbiratul ehram, aku terganggu dan mengulangnya. Namun, bukan berkali-kali. Mungkin 2 kali. Lelaki itu tidak pernah bersapa denganku sebelumnya. Dia juga tidak kelihatan bersahabat.
Itu antara memori yang tidak manis untuk dikenangkan....
No comments:
Post a Comment