Para Habaib di Indonesia kini tidak lagi boleh mendabik dada atas nama zuriat nabi. Tidak lagi boleh memandang rendah kepada bangsa peribumi. Tidak bol;eh lagi sesuka hati bercakap bahawa mereka berada di kasta tinggi. Kini, kalau nak cakap , hendaklah memperlihatkan tawadhuk. Jika tidak, akan memancing emosi dan amarah penduduk peribumi.
Para Habib dipertikaikan keabsahan salasilahnya kepada nabi SAW.
Para Habib diungkit sejarah leluhur mereka di Indonesia yang dikatakan pernah menjadi antek-antek Belanda./
Makam-makam yang namanya Habaib dicurigai atas nama penipuan makam.
Habib-habib yang arrogan diela dan dan dicemuh.
Di Indonesia, hanya warga NU sahaja yang mudah dimangsai oleh para Habib dengan doktrin mereka. Waga Muhammadiyyah atau Salafiyyah tidak memandang tinggi kepada Habaib.
Seorang Kyai NU bernama Imaduddin Utsman Al-Bantani mendepani serangan-serangan ke atas para Habib. Dia tampil bersama hasil kajiannya dalam tesis yang merumuskan terputusnya nasab Ba'lawi daripada jalur keturunan nabi SAW.
Masalah pengakuan nasab ini adalah satu bentuk takalluf para pendakwanya. Allah SWT telah mewafatkan anajk-anak lelaki nabi Muhammad SAW pada usia kecil. Nabi Muhammad SAW yang hidup dalam masyarakat yang meletakkan anak lelaki sebagai jambatan penyambung nasab tidak meninggalkan keturunan dari anak lelaki. Hanya sanya, nabi ada keturunan daripada anaknya Sayyidah Fatimah Az-Zahra yang bernikah dengan Saidina Ali .Itulah satu-satunya jambatan penghubung buat penunggang nasab untuk mempergunakannya. Sebahagiannya menjadikannya sebagai pamrih duniawi.
Agama Islam adalah satu lombong yang kaya mewah dengan kemuliaan dan harta.
Lalu, ada orang mengaku keturunan nabi dan dia dimuliakan. Diangkat menduduki kasta selevel brahmana dalam agama Hindu.
Dia dapat habuan dan limpahan harta yang disedekahkan orang. Sedangkan keturunan nabi dilarang makan harta sedekah.
No comments:
Post a Comment