CARI BAHAN

Tuesday, April 16, 2024

Kaabah bukan objek kudus.

 Mengomentari tentang isu gambar Kaabah di sejadah, aku menyatakan pandanganku buat seorang teman.

Bahawa, Islam bukan seperti agama Nasrani maupun Yahudi.

Agama Nasrani mensucikan lambang salib. 

Islam tidak mensucikan lambang Kaabah.

Bahkan , Kaabah yang ada di Kota Makkah itu hanyalah sebuah Kiblat.

Pada masa-masa tertentu, petugas mendaki atas Kaabah, memijaknya untuk tujuan kebersihan dan pembaikan.Kabah bukan macam nama Allah atau potongan ayat  Quran

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda:

لحرمة المؤمن أعظم عند الله حرمة منك، ماله، ودمه.

" Demi Sesungguhnya, kehormatan harta dan darah seorang yang beriman itu melebihi kehormatan Kaabah".

Hadis yang dikeluarkan oleh Ibn Majah daripada Ibn Umar dan disahehkan oleh Albani.

Perbuatan menjatuhkan maruah orang beriman itu, menghinanya, menfitnahnya serta memburuk-burukkannya, lebih dahsyat daraipada perbuatan memijak gambar Kaabah sekalipun dengan qasad menghina. Perkara ini perlu difahami dengan baik oleh orang Islam. Jangan bangkit melenting bila ada gambar kaabah di Sajadah tetapi dalam masa yang sama boleh redha apabila ada ornag Islam beriman lain yang dihina, direndahkan serta diperlecehkan.

Kes tidak mahu angkat tangan berdoa buat YDPA

 Tidak mahu berdoa untuk sesiapa, termasuk buat ibu bapa sendiri, itu pilihan masing-masing. Demikian, mengenai ketidakmahuan seorang yang baru-baru ini mengangkat tangan berdoa buat YDPA dalam Khutbah Jumaat, itu adalah pilihannnya sendiri. Tidaklah doa itu untuk faeah orang yang didoakan, tetapi untuk faedah sendiri sendiri. Satu doa yang dirafakkan, jika ikhlas, insya Allah makbul. Jika tidak ikhlas, ia jadi seperti dabu yang berhamburan.

Namun, menecritakan perbuatan sendiri tidak mahu berdoa untuk YDPA adalah mempamerkan kederhakaan kepada Ulil Amri. Sesuatu kesalahan, jika disembunyikan , ia bukan kesalahan yang perlu dihukum. Seorang yang minum arak, berzina bahkan murtad sekalipun, jika tidak diwar-warkan, maka itu adalah antaranya dengan Allah yang Maha tahu. Namun, jika didedahkan kesalahannya itu kepada khalayak, ia menjadi satu jenayah yang membawa implikasi hukum.

Maka, tindakan individu yang gatal tangan menulis pengengkarannya itu di FB adalah satu kesalahan. Tindakan mendedahkan keengkarannya itu adalah satu kebodohan yang tidka perlu dikasihani. Ramai sekali manusia media sosial dengan tindakan bodoh mereka sekarang ini. Apabila berdepan dengan kesan dari kebodohan itu, maka dirayu simpati masyarakat. Seolah-olah diri tidak berdosa dan dizalimi.

Padahal, dirinyalah yang menzalimi diri sendiri. Manusia berlaku zalim ke atas dirinya tetapi dia tidak sedar. Inilah yang berlaku atas ramai manusia.

Maka, jika pihak polis mengambil tindakan terhadap individu terbabit, ia bukan tindakan yang tidak wajar. Tidak boleh dikatakan mengongkong kebabasan. Tidak boleh disifatkan sebuah dictatorship. Ini adalah sifat siasah syariyyah.

Ingat....kejahatan jika disembunyikan, Allah sendiri tawarkan keampunan. Namun, jika mendedahkan kejahatan, itu sudah namanya Muzohirin. Para muzohirin tidak diampunkan. 

Akibat daripada sebuah tulisan, tidak boleh dilenyapkan hanya denagn menghapuskanya daripada media sosila snediri. Dunia hari ini sangat aneh. Sekelip mata apa yang kita catatkan dirakamkan orang. Kalau di sisi malaikat Raqib dan Atid, lagilah cepat dicatat. Maka, apabila ingin buat sebarang catatan, fikirlah guna akal jangan berpandukan emosi. Apa yang namanya emosi itu, adalah kebodohan. Emosi adalah sebusuk bau kentut. Kentut adalah pelepasan di dubur. Janganlah kentut dilepaskan di mulut yang diterjemakan dengan ketipan jari di keyboard.

Allahumma ya Rab.. tolong jaga kami dari kerancuan akhlak dan bicara...


Saturday, April 13, 2024

Meniti nasib Ba'lawi...

 Para Habaib di Indonesia kini tidak lagi boleh mendabik dada atas nama zuriat nabi. Tidak lagi boleh memandang rendah kepada bangsa peribumi. Tidak bol;eh lagi sesuka hati bercakap bahawa mereka berada di kasta tinggi. Kini, kalau nak cakap , hendaklah memperlihatkan tawadhuk. Jika tidak, akan memancing emosi dan amarah penduduk peribumi. 

Para Habib dipertikaikan keabsahan salasilahnya kepada nabi SAW.

Para Habib diungkit sejarah leluhur mereka di Indonesia yang dikatakan pernah menjadi antek-antek Belanda./

Makam-makam yang namanya Habaib dicurigai atas nama penipuan makam.

Habib-habib yang arrogan diela dan dan dicemuh.

Di Indonesia, hanya warga NU sahaja yang mudah dimangsai oleh para Habib dengan doktrin mereka. Waga Muhammadiyyah atau Salafiyyah tidak memandang tinggi kepada Habaib.

Seorang Kyai NU bernama Imaduddin Utsman Al-Bantani mendepani serangan-serangan ke atas para Habib. Dia tampil bersama hasil kajiannya dalam tesis yang merumuskan terputusnya nasab Ba'lawi daripada jalur keturunan nabi SAW.


Masalah pengakuan nasab ini adalah satu bentuk takalluf para pendakwanya. Allah SWT telah mewafatkan anajk-anak lelaki nabi Muhammad SAW pada usia kecil. Nabi Muhammad SAW yang hidup dalam masyarakat yang meletakkan  anak lelaki sebagai jambatan penyambung nasab tidak meninggalkan keturunan dari anak lelaki. Hanya sanya, nabi ada keturunan daripada anaknya Sayyidah Fatimah Az-Zahra yang bernikah dengan Saidina Ali .Itulah satu-satunya jambatan penghubung buat penunggang nasab untuk mempergunakannya. Sebahagiannya menjadikannya sebagai pamrih duniawi.

Agama Islam adalah satu lombong yang kaya mewah dengan kemuliaan dan harta.

Lalu, ada orang mengaku keturunan nabi dan dia dimuliakan. Diangkat menduduki kasta selevel brahmana dalam agama Hindu.

Dia dapat habuan dan limpahan harta yang disedekahkan orang. Sedangkan keturunan nabi dilarang makan harta sedekah.

Friday, April 05, 2024

Bila akal hilang fungsi.

 Orang cerdik dalam pelajaran tidak semestinya selamat daripada tipudaya para scammer. Scammer itu adalah sejenis dajjal. Mereka menipu orang yang akalnya mudah diperkotak katik.

Ada orang yang kita kenali mereka sebagai seorang terpelajar. Dulu pendidikannya mencapai universiti. Masa di sekolah, dia belajar subjek yang susah dna sukar majoriti pelajar lulus. Kalau tanya dia, belajar apa dulu. Dia kata belajar, Sains, Fizik, Kimia, Biologi , Akaun dan Matamatik Tambahan. Al-Hasil, nampaklah hebatnya dia masa zaman sekolah dan universiti.

Tapi , lepas habis universiti dan bekerja dengan kerjaya yang hebat, lain pula jadinya. Kerjanya jadi engineer, akauntan, peguam, CEO Syarikat dan macam-macam jawatan besar dan berduit. Hasil kecerdikannnya dalam pendidikan, dia dapat kerja yang bagus.  Tapi, ramai ornag yang macam ini jadi mangsa scammer.

Aa yang percaya tok bomoh.

Ada yang terpengaruh ajaran sesat bawaan Tok Ayah yang tak sekolah tinggi.

Ada yang mudah percaya dakwaan Imam Mahdi sudah nak keluar dan korbankan harta untuk menyambutnya.

Ada yang membontoti Ahli Bid'ah dalam agama dan menompang kebohongan sang ahli bid'ah itu.

Sepertinya, akal dan kebijaksanaannya yang digapai semasa zaman belajar tidak berfungsi.

Kekadang, dia ada ijazah, MA dan Doktor, tapi jadi pengikut budah lepasan pondok yang pandai sembang kempen derma infaq bina Madrasah. Atas semangat agama yang diwar-warkan, dikorbankan hartanya buat memperkaya budak pondok tadi. Banyak Madrasah yang dibina hanya jadi lubuk duit memperkaya pengusahanya.

Pernah kulihat, pengikut ajaran sesat , orang-orangnya bukan sebarangan. Orang kaya dan punya latarbelakang persekolahan yang tinggi. 

Kenapa boleh jadi begitu??