Isu MP atau ADUN melompat parti menjadi satu hal yang meresahkan. Hatta, ada yang memgakibatkan tumbangnya satu-satu kerajaan. Maka, yang melompat itu dicemuh dna dikatakan sebagai "katak politik". Apakah sebab yang mendorongnya melompat, ada pelbagai faktor. Antaranya adalah sogokan. Manusia...bukan maksum. Bukan juga kebal daripada asakan nafsu ke atas kekayaan, harta maupun wang ringgit.
Inilah kejanggalan dalam sisitem demokrasi yang diamalkan di Malaysia dewasa ini. Sistem yang kita warisi sejak merdeka itu tidka menutup lubang kerosakan yang satu ini. Ia perlu diperbaiki. Tidaklah perlu menolak kaedah demikrasi secara total. Ia masih lebih baik berbanding sistem diktator atau kesultanan berkuasa mutlak. Juga masih lebih baik berbanding sistem pewarisan tahta mengikut garis keturunan.
Saya punya cadangan!
Sistem pilihanraya perlu dirombak. Mereka yang bertandiang dalam pilihanraya hendaklah hanya menjadi wakil parti. Bukan bertindak atas kapasiti sendiri. Parti-parti yang masuk pilihanraya meletakkan "batu berat " sebagai calonnnya. Cuma calon yang berbentuk manusia mewakili batu itu. Verikan nama pada batu itu. Batu P001. Lepas pilihanraya, katakan batu P001 itu dimemangi calon Zack daripara parti MN. Lalu, sampai pilihanraya umum akan datanglah parti MN pegang batu p001 itu. Kalau Zack mati atau buat hal hingga dia dipecat oleh MN, maka MN boleh gantikan dengan ornag lain pula. MN boleh lantik pula Jef duduk atas batu itu.
Manusia boleh jadi katak tapi batu tak boleh. Batu berat untuk meloncat!
Cara ini boleh elakkan femomena jijik ahli yang berhormat berkelakuan hudoh menjelir-jelir lidah bak anjing mencari tuan baru. Cara ini juga boleh memansuhkan PRK yang membazir dan sebenarnya tidka perlu pun. Hanya perlu buat PRU dalam tempoh 5 tahun sekali. Negara tidak disibukkan dengan PRK yang mengganngu perjalanan dan kemajuan negara.
Sistem pilihanraya kita kena diubah. Biarlah yang masuk bertanding guna tiket partinya. Yang tidak ada parti, boleh masuk pilihanraya sebagai calon bebas. Kalau katakan dia menang, dia nak masuk parti mana-mana, dia boleh bawa batunya itu. Batunya tidak diikat. Dia boleh masuk parti MN kalau dia mahu. Kalau MN terima dia. Atau nak masuk parti PH pun tak apa. Kalau ada banyak parti masuk berlawan, lepas pilihanraya beberapa parti bergabung, pun boleh. Tidak ada masalah.
Ahli parlimen dan Adun kena fikir cadangan ini. Dah naik mual kami rakyat melihat gelagat kalian yang menjadi penjilat najis dunia!
No comments:
Post a Comment