Khabarnya (Sumber berita Portal-portal), Tun Dr. mahathir dan "geng" Bersatu Black yang dipimpinnya akan menubuhkan sebuah lagi parti baru. Ini kerana Parti Bersatu telah dikuasai oleh geng TS Muhyiddin bin M. Yassin. Cabaran terhadap pemecatannya yang dibawa ke mahkamah nampaknya tidak menampakkan hasil. Kelicikan berpolitik Tun Mahathir tidak dapat mengembalikannya ke posisi sebagai pengerusi Bersatu.
Parti baru itu, katanya akan jadi kuasa ketiga. Macam king maker. Akan masuk pilihanraya dan bertanding di kerusi-kerusi. Jika menang, parti itu akan menyokong mana-mana pihak yang dirasakannya perlu. Ia tidak terikat kepada PN maupun PH. Tun Dr. Mahathir megatakan bahawa masalahnya dengan Anwar Ibrahim menyebabkan dia tidak boleh masuk dalam parti-parti Pakatan Harapan. Dia kena buat parti baru dan meletakkan parti baru itu di luar gelanggang yang bergelut di dalamnya PN dan PH.
Usia Tun M sudah melebihi 95 tahun. Dalam usia itu, dia masih berhasrat menjana sebuah parti baru! Ini boleh masuk dalam "The Guinness Of Book". Seluruh dunia belum ada setandingnya. Kebanyakan politikus yang berada pada usia tersebut telah bersara daripada kegiatan aktif politik. Apa lagi memimpin penubuhan parti politik. Tapi, Tun M ini sungguh lain.
Tidak akan ada yang akan memberhentikan Tun M daripada minatnya berpolitik sehinggalah "almaut". Sepertinya, Tun M akan beraksi di pentas politik sehingga nafas terakhir.
6 orang yang menjadi penyokong Tun M, kita tidak tahulah bagaimana kesudahannya pencak politik memreka. Apakah sokongan mereka kepada Tun M itu akan membawa mereka ke persada politik yang cerah buat mereka atau cuma sokongan membawa rebah.
Kita sebagai penonton lagak politikus hanya akan tahu setelah berselang berberapa waktu. Pada semua kejadian ini ada pelajaran berguna buat kita. Pada perubahan rentak mainan politikus, kita boleh pelajari watak orang-orang buat penceritaan kepada anak cucu.
No comments:
Post a Comment