Pilihanraya DUN Sabah akan berlaku, Insya Allah, tidak lama lagi. Kini UMNO dan Bersatu mula bergesel tentang pembahagian kerusi buat pihak masing-masing bertanding. Masing-masing mahu mendominasi jumlah kerusi. Di celah-celah perebutan kerusi dua parti Melayu itu, Pas sebagai rakan dalam blog PN tentu juga mengharapkan ada kerusi yang bakal dipertandingkannya. Dalam pilihanraya, isu kerusi untuk bertanding merupakan isu yang sangat rumit. Silap-silap, rakan dalam blog akan mengkhinati rakan sendiri. Lebih daripada itu, ia boleh membawa kepada musibah fatal, pecahnya kesepakatan.
Pembahagian kerusi adalah langkah awal kepada cerakinan kuasa. Selepas menang dalam pilihanraya pada kerusi yang dipertandingkan itu, akan amenyusul situasi yang lebih sukar selepas pilihanraya. Orang berpolitik memang gila. Gila kuasa. Kalau tidak gila kuasa, tidak payah menerjunkan diri ke kancah politik. Maka, gila kuasa bukan satu hal yang perlu dicela. Ia lumrah dan asam garam dunia politik.
Sesama UMNO sendiri adalah main wayang. Bung Mokhtar dan Musa Aman saling memandang dengan ekor mata. Musa Aman nampaknya masih mengimpikan balik semula ke posisi lamanya sebagai CM. Dua kali usahanya gagal, belum tentu dia berputus asa. Bukan mudah Bung Mokhtar mahu menempati posisi itu walaupun dalam UMNO Sabah dialah big boss. Dari segi jawatan, dia pengerusi UMNO Sabah. namun, bayang-bayang Musa Aman masih menjadi hantu kubur yang bergentayangan.
Selama berkawan dengan UMNO, Pas akan tetap mennjadi melukut. Sekurang-kurangnya di Sabah. Memang sukar untuk melonjak di tengah pergelutan dinasor-dinasor politik Sabah yang sering bertukar celana. Walaupun Pas lebih berusia berbanding Bersatu, Bersatu nampaknya lebih berani menuntut kemahuan dan bernafsu.
Warisan akan mendepani pilihanraya negeri dengan lebih tenang berbanding gabungan UMNO-Bersatu-PBRS, PAS dan Lain-lain. Kerencaman blog PN ini menyukarkan para ahli mesyuarat. Kenyataan luar yang kedengaran muluk dan berbasa-basi jangan mudah dipercayai. Kekadang, hiasan luar yang indah itu hanya cuba menutup kejelekan di dalam.
No comments:
Post a Comment