Orang bercakap pasal kempen boikot barangan bukan muslim. Apakah kempen ini ada asas kukuh dalam agama. Dengan kata lain, adakah ia pernah dilakukan oleh Rasulullah atau generasi terbaik ummat ini.? Kalau ya, memang perlulah kempen yang seumpama ini didokong dan disokong.
Mari kita telaah sepintas lalu fakta zaman nabi yang boleh dijadikan tauladan dan panduan hidup.
- Sirah mencatatkan bahawa Abdur rahman bin Auf berjaya mengalahkan perniagaan kaum Yahudi di pasar Kota Madinah. Namun kejayaan beliau tersebut bukanlah berasaskan kempen memboikot barangan Yahudi. Beliau telah menawarkan bentuk perniagaan yang disenangi oleh penduduk Madinah . Itulah inti kepada kejayaan beliau.
- Nabi pernah menggadaikan baju besinya kepada Yahudi. Ini menunjukkan ada muamalah pajak gadai antara orang Islam dengan bukan Islam.
- Nabi pernah ada budak yahudi yang berkerja dengannya. Budak itu masa hendak mati, nabi datang ziarah dan ajarnya mengucap. Bapanya suruh ikut ajakan nabi SAW. Ini bermakna, antara orang Islam dan kafir zaman nabi ada hubungan dalam urusan muamalah.
Cuku sekara itu. Tak sempat nak selak kes-kes lain. Namun, kes pemboikotan tidak pernah nabi lakukan melainkan kes khusus. Bukan kes melibatkan perbezaan agama. Kes pemboikotan 3 sahabat yang mengelat daripada perang Tabuk. Untuk pengetahuan bersama, nabi pernah diboikot oleh kafior Musyrikin selama 3 tahun di kampung Syiab. Pemboikotan mereka adalah sebab agama yang dibawa nabi SAW.
Kebencian kepada orang tertentu yang bukan Islam tidka harus dilebarkan hukumannya ke atas bukan Islam lain yang tidak bersalah.
Kekadang aku terfikir bila pergi ke pasaraya, kedai runcit atau toko dan lot perniagaan milik bukan Islam dan bukan Melayu. Ramai anak Melayu yang bekerja di sana. Bekerja dalam pelbagai seksyen. Ada jaga kaunter, ada jadi kerani, jadi stokis, dan sebagainya. Orang Cina khasnya, banyak mengambil anak Melayu bekerja di kedai mereka.
Kalau tak percaya sila lawati ekdai-kedai motosikal yang berselerak di Malaysia yang boss adalah orang Cina. Banyak anak gadis Melayu yang jadi keraninya.
Sebaliknya pula, cuba pergi menziarahi satu demi satu kedai Melayu. Lawati pasaraya Melayu, ada tak anak Cina bekerja di situ?
Kenapa? Kenapa taukey Cinma boleh terbuka ambil anak Melayu bekerja. Anak Cina tak adakah? Tak mungkin. Anak Cina pun ramai yang boleh buat pekerjaan tersebut. Keterbukaan ini harus dihayati dan dikenang. Orang Melayu memang payah nak ambil anak Cina bekerja di premis mereka.
Kalau kita becermin, hendaklah bercermin dengan cermin suluh bukan cermin tingkap.
Adapun mengutamakan barangan ornag Islam, itu tanda "ruhama' di kalangan orang beriman.
Adapun mengutamakan barangan ornag Islam, itu tanda "ruhama' di kalangan orang beriman.
No comments:
Post a Comment