Bekas banduan bukan satu gelaran hina. Bahkan, ada waktunya bekas banduan adalah satu kebanggaan. Yang tidak pernah masuk penjara dan jadi banduan, itu pula satu kecacatan. Terutama yang berjuang dan menegakkan perjuangannya. Jika tidak pernah mencium bau jeriji besi, ia satu kelekehan, kehinaan dan cacat dalam perjuangan. Maka tasawwur bahawa bekas banduan adalah satu kerendahan martabat adalah pemikiran senget yang tidak perlu dipertahankan.
Ambil contoh nabi Yusuf a. s. Sebelum menjadi menteri Mesir, dia adalah banduan penjara. Kesnya adalah kes melibatkan seksual dan fitnah. Ulama-ulama hebat, dipuji hari ini kerana perjuangan mereka, masuk penjara dan jadi banduan. Imam Ahmad bin Hambal masuk penjara dan jadi banduan. Ibn Taimiyyah juga banduan. Ibn Qoyyim juga banduan. Sayyid Qutub juga bekas banduan. Adnen Menderes, Perdana Menteri Turki yang cuba mengangkat suara Islam di Turki, juga mencicipi hayat sebagai banduan dan dibunuh. Hamka, ulama karismatik dari Nusantara juga bekas banduan. Presiden Mursi adalah banduan penjara. Salman Odah, ulama Arab Saudi, juga banduan penjara. Aduh...ramai sekali ulama dan pemimpin ummat jadi banduan. Jadi banduan itu satu kemuliaan.
Yang tidak pernah jadi banduan, patut malu jika dakwa sebagai pejuang. Berjuang tapi tak pernah masuk penjara. Allah tidak kurniakan kemuliaan itu buat mereka. Maka, kita perlu sedar bahawa banduan bukan satu cacat pada riwayat hidup Banduan adalah satu penyempurnaan kepada riwayat perjuangan.
Allahul musta'an.
No comments:
Post a Comment