Banyak orang menaqalkan "printscreen" yang mengandungi kenyataan sedemikian. Zaid Ibrahim yang dulunya seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kini merupakan ahli DAP digambarkan telah mengeluarkan kenyataan tersebut. Ia berhubung tindakan Pegawai PPD Kuantan, Mohd razali Mustafar yang mengarahkan sekolah-sekolah dalam daerah Kuantan mewajibkan para pelajar solat berjemaah sebelum pulang.
Langkah tersebut mendapat bantahan beberapa individu yang melihatnya sebagai langkah pemaksaan agama di sekolah. Agama dilihat sebagai amalan peribadi dan usaha memaksakan amalan agama dilihat sebagai merampas kebebasan dan hak. Inilah jalur di antara jalur pemikiran yang bersarang dalam sekian banyak pemikiran orang telah teranut fahaman leberalisma agama.
Seorang muslim yang cintakan agama, terlebih lagi yang cintakan sunnah Rasulullah akan panas hati jika satu sunnah Rasulullah yang penting iaitu solat berjemaah dilebelkan sebagai amalan bodoh. Siapa yang menghina satu sunnah Rasulullah SAW, perlu disoalkan tentang agamanya.
Bekenaan dengan Zaid Ibrahim ini, secara peribadi saya tidak sukakannya. Banyak kenyataannya yang mencabar kepercayaanku sebagai muslim. Perasaan suka dan tidak suka itu adalah pemberian Allah SWT dalam hati kita. Namun, ketidaksukaan kepada seseorang janganlah menjadikan kita tidak dapat berlaku adil.
Kita perlu adil kepada semua orang. Adil kepada orang kafir, aties, leberalis bahkan kepada munafiq yang membuat kacau ganggu dalam masyarakat Islam. Salah satu keadilan adalah tidak menzaliminya dengan membuat aniaya ke atasnya.
Dalam printscreen yang tersebar, Zaid Ibrahim dipetik sebagai berkata" Solat Berjemaah Amalan Bodoh". Aku mencari sumber kenyataannya. Portal yang cenderung kepada orang seperti Zaid Ibrahim, Free Malaysiatoday memetik kenyataan Zaid Ibrahim sebagai berkata:
“Mewajibkan sesi sembahyang ini ke atas pelajar hanyalah satu lagi daripada banyak perkara bodoh pendidik kita lakukan kepada pelajar kita.
“Ritual agama diamalkan setiap hari di sekolah kita adalah satu kegagalan dan mereka akan terus gagal membina perwatakan dan menyemai nilai baik dalam kehidupan.
“Anda mahu membina perwatakan? Maka ajar mereka makna kejujuran, integriti dan kerja keras,”
Jika dibaca petikan ini, Zaid Ibrahim menyifatkan langkah PPD Kuantan "MEWAJIBKAN SESI SEMBAHYANG KE ATAS PELAJAR " hanyalah satu daripada banyak perkara bodoh pendidik lakukan kepada pelajar. Kenyataan asal ini tidak sama maksudnya dengan apa yang tertera di printscreen. Mempertikaikan penguatkuasaan solat berjemaah tidak sama dengan kenyataan "Solat Jamaah adalah amalan bodoh".
Seringkali kita lihat orang buat printscreen. Tukang buat printscreen perlu berhati-hati. Siapapun dan di pihak mana dia berada, hendaklah jujur dan berintegriti dalam membuat "naqal" kenyataan seseorang. Sekalipun kebencian membuak dalam dada, mengatakan apa yang tidak dikatakannya akan menuntut perhitungan di hari kemudian. Niat ingin membela agama tidak menghalalkan pendustaan.
Tabiat mengubah perkataan ini telah menjadi-jadi dalam persengketaan orang yang bersengketa. Sengketa kerana perbezaan pendapat agama, perbezaan politik dan pertikaian peribadi. Sebahagian salah sangka ke atas ulama silam berpunca daripada perbuatan orang tertentu yang mengubah perkataannya menyebabkan tanggapan buruk dibuat ke atasnya.
Mendustakan atas nama nabi disiapkan tempat dalam neraka adalah amaran buat para pereka hadis maudhuk. Nabi tidak cakap, dikatakan nabi bercakap. Ini satu kezaliman atas nabi dan agama yang dibawanya. Bukan sahaja nabi kita tidak boleh buat hadis maudhuk. Musuh kita pun kita tidak boleh buat "maudhuk".
Bagi yang bersenandung dalam media sosial, berhati-hatilah sebelum buat "share". Dalam dunia FB, Whatsapp, telegram dan seumpanya , penuh dengan orang yang berbelang-belang hatinya. Biarkan dosanya ditanggung sendiri , jangan kita menjerumuskan bersama. Para pembikin "printscreen" , berhati-hatilah dalam kreativiti. Ada perkiraan pada kemahiran itu. Tegakkan keadilan dalam naqal sekalipun daripada musuh.
Sekali lagi ditegaskan, tulisan ini bukan membela Zaid Ibrahim. Dia bukanlah orang perlu dibela sebab dia sendiri adalah peguambela. Akan tetapi. ini adalah satu taguran mengenai Adab Bermedia Sosial agar ia menjadi ladang pahala, bukan sungai dosa. Kerana kasih kepada para pencinta kebaikan, biar berbuat kebaikan sesuai dengan kehendak agama
panutan.

No comments:
Post a Comment