Aku tidak minat Ku Li. Aku tahulah sikit-sikit pasal Ku Li itu. Dulu dia lawan Dr. Mahathir sampai UMNO kena haram. Dr. Mahathir buat UMNO baru dan Ku Li buat parti Semangat 46. Semangat 46 bergabung dengan Pas wujudkan Perpaduan Ummah. Tapi, tak tahan lama, Perpaduan Ummah bubar dan Ku Li masuk UMNO semula. Masa Pakatan Rakyat bekerja keras mahu menumbangkan kerajaan UMNO-BN, Ku Li masih tetap dalam UMNO.
Tiba-tiba pecah cerita bahawa Ku Li adalah calon PM pilihan Pas setelah Anwar ditolak sebagai pilihan PM Malaysia oleh PAS. Apa yang terdedah ini agak mengejutkan. Bagaimana tega seorang pemimpin UMNO dipilih sebagai calon PM oleh pemimpin PAS. Bercinta dengan orang lain, tetapi mahu menikah dengan orang lain.
Ini satu yang luar kudratku untuk menerimanya sebagai sebuah kefakihan politik. Aku tidak suka Ku Li sebagai PM kerana dia orang UMNO. Daripada Ku Li sebagai PM, baik pilih Nasaruddin Mat Isa yang waktu itu dan sehingga kini masih lagi ahli PAS!
Namun, politik ini memang penuh dengan racau dan igau.
No comments:
Post a Comment