CARI BAHAN

Saturday, November 09, 2024

Masa dan perubahan

Masa adalah sebuah proses. Masa mengubah banyak perkara. Masa juga cuba mengubah agama nabi Muhammad. Agama nabi Muhammad banyak dirubah setelah berlalu masa yang begitu lama.Sebab itu nabi suruh pegang kepada Quran dan hadis. Selain dua perkara ini, ia telah berubah.

Mazhab yang dianuti juga mengalami perubahan.

Sufi zaman salaf telagh berubah

Asya'irah dan Maturidiyyah juga mengakami perubahan

Hanabilah atau Athariyyah  juga sama. Ada pecahan yang didampak oleh perubahan.

Perubahan tersebut perlu dicermati

Terus terang, aku mencurigai antara Muktazilah dan Asyairah. Masa yang berlalu meletakkan siapa pemenang dalam mujadalah. Apakah Muktazilah ditewaskan atau Muktazilah berasimilasi lalu menebarkan racun pemikirannya.

Prinsip mutaqaddimin Asyairah, apakah sama dengan muta'akhirin. Terlebih lagi yang mengaku-ngaku asyairah pada hari ini.


Monday, October 21, 2024

Kepelbagaian di bawah peribadi seseorang

 Tatkala TG HJ hadi berpadangan dalam Politik, ada orang yang tidak boleh terima pandangannya. Tatkala beliau berpandangan dalam agama, kekadang pihak yang menolak pandangan politiknya boleh menrima. Lalu timbul kata-kata. TG Hj. Hadi kalau dalam mazhab politik saya tak ikut jalan dia, tetapi dalam mazhab Agama, saya mengakui kealimannya.

Sebaliknya pula ada yang menerima segala kerancuan pandangan politiknya , apabila beliau bercakap soal agama, memberi pandangan dan lontaran , dikatakan TG Haji Hadi itu terpengaruh dengan Wahabi.  Kekadang, ada pula yang menyifatkannya tamayyul. Dia terpengaruh dengan taqiyyah Syiah.

Sebahahagian orang demikian adanya. 

Dalam isu terbaru, mengenai RUU Mufti Wilayah yang intinya menekankan eksklusif definisi Ahli Sunnah kepada Mazhab Feqah yang 4 sahaja iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali serta Mazhab Aqidah kepada dua sahaja iaitu Asha'irah dan Maturidiyyah sementara Mazhab Tasawwuf hanya Abu Junaid dan Imam Ghazali sahaja, TG. Hj. hadi berpandangan menyanggahnya. Lalu, pihak yang menanggapi sikap Tg Haji Hadi itu bersimpang siur pula.

Kata sesetengah orang, dalam bab ini dia tak sokong TG Haji Hadi. Sementelahan dia adalah penyokong tegar Tg Haji Hadi dalam Politik.

TG Hj. Hadi juga punya pendekata Taqrib antara Syiah dan Ahli Sunnah.  Golongan yang menyokongnya pendiriannya dalam isu RUU Mufti Wilayah, tidak pula mengikut pandangannya dalam masalah TAQRIB. Bahkan, ada pengikut mazhab politiknya menolak pandangan harakinya dalam maslaajh TAQRIB

Manusia muncul dengan pelbagai kecenderungannya. Melihat kepada sokongan dan penentangan Hj. Hadi terhadap isu agama atau politik , pun sudah memunculkan perlbagai kelompok, cuba bayangkan peribadi dan tokoh yang lebih hebat daripada dia dalam bidang masing-masing. Alangkah rencam manusia. Manusia berkhilaf dalam kepelbagaian.

Allah menciptakan manusia dengan rencam yang pelbagai itu.

Lalu...bagaimaman boleh timbul idea dari kelompok Mufti Wilayah hendak memaksakan ummat Islam di bumi Malaysia ini agar menyatu di bawah satu garis yang diciptakan?  Bukan garis lebar sebagaimana wahyu Allah buat manusia. Ia garis sempit dan menjarum di hujungnya, hasil pemikiran mansia sahaja.

Saturday, October 19, 2024

GISBH ...Biarkan tersungkur

 Apa guna ekonomi Islam yang ditampilkan oleh GISBH kalau ia berdiri di atas kebobrokan? Hanya kulit luaran sahaja nampak Islam, namunnya dalamnya bergelumang dengan kumbahan. Air acaq kata orang Kedah. Hal tersebut terdedah apabila pihak polis membuat serbuan dan tangkapan atas para pemimpinnya. Ditambah pula dengan pendedahan melalui pengakuan bekas-bekas GISBH.  Apa lagi Islam yang tinggal pada GISBH itu. Telah terpampang kedajalannya. 

Pendedahan oleh anak Abuya Ashaari sendiri amat mengejutkan. Siapa yang mendengar apa yang diceritakannya mengenai pengalamannya dipaksa kahwin dengan Fadil yang menjadi salah seorang Ahli lembaga Pengarah GISBH semasa dia di Jordan dan kemudian dilarikan ke Turki dan Indonesia, maka terpampanglah watak mafia dalam GISBH itu

GISBH perlu diranapkan terus agar tidak bangkit lagi membawa citranya di masa depan. Jangan sayangkan ekonomi palsau yang didendangkannya. Orang Melayu perlu buang kebodohan dan sifat ragu-ragu yang membuatkan mereka mudah diperdaya. 

Dalam dunia ini, jika satu syarikat tumbang, banyak lagi syarikagt lain dari anak bangsa sendiri akan bangkit meneraju. Jangan termakan dengan mimpi-mimpi muluk yang didongengkan.

Tuesday, September 03, 2024

Memori daun kering

 Ketika aku menghuni permukiman sementara di Lunas, di Taman Seladang Emas, aku menjadikan Masjid Tunku Abdul Rahman Putra, Sungai Limau sebagai tempot aku mendirikan solat fardhu berjemaah. Aku tidak berkesempatan untuk solat setiap waktu di sana. Hanya Solat Subuh dan Insya yang aku selalu di sana. Solat Zohor di sekolah. Solat Maghrib kerap bersama isteri di rumah. Solat Asar kekadang sahaja, iku semangat.

Sekali peristiwa, tatkala aku solat dalam saf, ada seorangg lelaki di sebelahku , waktu sujud, menyinggung aku dengan sikunya. Aku tidak tahu puncanya. Lepas solat, dia bangkit beredar. Kebetulan aku juga tergesa-gesa dan bangkit beredar. Kebetulan pula aku menurut dari belakangnya. Mungkin disangkanya aku cari gaduh, dia berpaling dan tujuk dadanya. Mata menjengilku. Aku sebenarnya mahu solat sunat dan tidak mempedulikannya.

Kisah itu berakhir begitu sahaja dan jadi kenangan yang muram. Fikiranku terganggu dengan feel dan sikap orang itu.

Kemudian, ada satu orang yang lain, seusai solat subuh di satu hari, menegurku di luar masjid.

Dia bertanyaku apakah aku ada was-was. Aku katakan kadang-kadang dan sedikit. Dia kata banyak. Memang, kekadang sewaktu takbiratul ehram, aku terganggu dan mengulangnya. Namun, bukan berkali-kali. Mungkin 2 kali.  Lelaki itu tidak pernah bersapa denganku sebelumnya. Dia juga tidak kelihatan bersahabat. 

Itu antara memori yang tidak manis untuk dikenangkan....

Tuesday, August 27, 2024

Pantun Merdeka

 

Pohon bidara dahannya rendah

lebat buah penuh berguni

Merdeka Negara bukannya mudah

Keringat dan darah tumpah ke bumi


Memburu beruanng dalam hutan


Banyak pejuang mati terkorban

dikenang namanya sepanjang masa


Saturday, August 24, 2024

Akta Lompat Parti

 Dikuatkuasakan menerusi Akta Parlimen (Akta Perlembagaan( (Pindaan) (No 3) 2022

- Dikenali juga dengan nama Akta A1663

-Mula berkuatkuasa pada 5 Oktober 2022- kira-kira sebulan sebelum PRU 15

- Aspek penting- Memsukkan Perkara 49A (Definisi dan pengecualian)

- Matlamat akta ini adalah untuk kestabilan politik

- Bagaimana jika ada wakil parti tertentu nyatakan sokongan kepada parti lawan?

- Bagaimana kalau parti 


Kalau Ds Najib bebas

 Kenyataan SU Agong UMNO, Dr, Asyraf Wajdi Dusuki bahawa daripada 171 Bahagian Umno seluruh negara, 72 membawa usul menuntut keadilan dan pengampunan untuk DS. Najib membayangkan bagaimana tanggapan ahli Umno terhadap Najib. Bahawa, menurut persepsi ahli Umno, Ds. Najib tidak bersalah dan beliau adalah mangsa kezaliman politik.

DS Najib yang dijuluki dengan panggilan Boosku di kalangan pencintanya, telah dipenjarakan secara zalim dan ahli Umno tersebut bertekad untuk berjuang demi kebenasannya.

Sesungguhnya politik itu penuh dengan nifaq. Bagi Ds Zahid sendiri, kebebasan Najib tentunya tidka baik untuk bintang politiknya. Apakah dia rela kalau Ds. Najib keluar dari penjara dan kembali menerajui Umno?

Politik adalah persaingan. Bukan dengan kawan sahaja ahli politik bersaing. Sesama kawan ju*a mereka bersaing. Cuma , kenalah pandai menyembunyikan haba panasnya...

Apa yang diucapkan berapi-rapi depan penyokong, itu tidak boleh dijadikan kayu ukur. Telunjuk bisa lurus, tetapi 4 jari lagi bengkok.

Saturday, July 06, 2024

Kalau bukan Asy'ari atau Maturidi?

Orang Islam, kalau ditanya, kenalkah kamu Abu Hasan Al-Asy'ari dan Abu Mansur Al-Maturidi?

Jika dijawapnya tidak kenal, itu tidaklah mengeluarkan dia dari jalan nabi Muhamamd SAW. Tidaklah dia terjerumus ke dalam kumpulan sesat. Agama Islam ini berdiri sekalipun tidak ada Asy'ari dan Maturidi. Seumur hidup tak pernah tahu siapa dua tokoh itu, pun tidak ada masalah.

Asalkan....jangan tak kenal nabi SAW. Tak tahu siapa rasul. tak tahu siapa yang bawa Islam ini kepada umat manusia. Kalau tidak kenal Rasul, bukan Islam namanya. Setiap orang Islam wajib bersyahadat. Syahadat mengandungi dua kalimah. Pengakuan atas keilahiyan Allah dan pengakuan atas kenabian Muhammad SAW. Tanpa dua ini, tidka jadi ISlam.

Ahli Sunnah adalah meeka yang menegakkan syahadat ini dalam kehidupan mereka. Tidak perlu menambah-nambah lagi.

Jangan jadi macam Syiah. Siapa yang tidak kenal Ali, dia sesat. Dia bukan Islam.

Ada orang mengalihkan agama kanjeng Nabi kepada Asy'ari dan Maturidi. Nak jadi Ahli Sunah mesti ikut dua tokoh itu. Ini aturan siapa? Ini firman mana dan sabda mana?

Jika orang Islam lahir, besar dan mati tidak kenal dua orang ini, apakah dia bakalan isi neraka? Ya...mentang-mentang kerana dia bukan Ahli Sunnah...Tentulah terhumban ke neraka.

Banyak sungguh simpang siur yang diciptakan orang dalam agama ini. Apa tujuan di sebalik semua ini?

Tidak berdoa selepas solat?

 Kata sang Khatib Jumaat hari ini, ada orang yang sembahyang jemaat tapi tak mahu berdoa .Selepas solat bangun dan beredar. Tidak berdpoa bersama imam. Sedangkan bila nak buat majlis doa selamat dan sebagainya, imam itulah pula dijemput berdoa. Ada orang berkata bahawa sesiapa yang tidak berdoa selepas solat, itu adalah satu bentuk kesombongan.

Aku teringat mas kecil dulu, aku pernah dengar seorang tokoh agama di kampung menaqalkan cerita gurunya bahawa sesiapa yang pertama kali keluar masjid selepas solat Jumaat, itulah BAPA SYAITAN.

Fatwa-fatwa sedemikian entah daripada mana ambilannya. Apa dalilnya dan apa sandaran. Perlu kita tanyai, hadis mana?

Ini adalah upaya orang agama hendak mengawal bawahan  pada perkara yang tidak perlu.

Apa yang agama anjurkan adalah solat berjemaah. Adapun zikir serta wirid berjemaah dan  doa berjemaah selepeas selesai solat bukanlah satu kewajipan. Bukan juga perkara yang boleh dihukumkan sunnah atau sunat dalam agama. Kalau wirid berjemaah, apakah  pahalanya lebih berbanding wirid sendirian? Kalau doa berjemaah lebih afdhalkah daripada doa bersendirian? 

Bawakan dalil....

Perkara yang macam ini perlu diminta dalil. Bukan semua benda orang minta dalil....Perkara yang dipertikaikan orang, bawakan dalil. Yang orang tak pertikai, tak perlu bawakan dalil!

Apakah orang yang bingkas bangun selepas solat itu tidak wirid dan tidak berdoa? Mungkin dia berwirid sambil jalan balik rumah. Bukan dia doa tapi doa tak angkat tangan. Itu antara seorang hamba dengan Tuhannya. Bukan suruhan supaya berdoa dengan suara yang kuat bergema di muncung pembesar suara. Doa yang terbaik adalah yang keluar daripada hati nurani seornag hamba dalam bisikannya denya Tuhannya. Itulah lebih ikhlas dan lebih mulus.

Kita hendaklah melihat permasalahan sekitar dengan adil dan dengan kacamata yang jelas serta jauh daripada prasangka buruk tentang agama orang.