CARI BAHAN

Saturday, August 16, 2025

Bagaimana menjadi politikus yang memimpin?

 Ahli politik bergantung kepada keupayaannya menjadikan diri relevan.

Ahli politik perlu berpaut kepada isu. Jika isu itu besar dan gempita, peranannya akan menentukan duduk berdirinya dia dalam politik.

Ahli politik tidak boleh berpeluk tubuh atau mengambil sikap "aku berkecuali". Jika demikian, dia akan tersingkir daripada frontliner politik. Lambat laun akan hilang pengaruh dan ditendang oleh massa.

Begitulah hukum politik.

Maka kita lihat ramai ahli politik mengikut rentak massa dan isu apa yang massa sedang cicipi.

Ini jenis pemimpin yang mengikut kehendak rakyat dan bukan memipin rakyat mengikut kehendaknya. 

Mana satu jenis pemimpin  yang hebat dan berkesan?

Menguruskan isu bendera terbalik

Ada Cina mengaku silap pasang bendera Malaysia terbalik. kalau kita berlapang dada dan terima pengakuan silapnya, habis cerita. Kalau kita tidak puas hati dan mahu panjangkan isu tersebut, akan terpalitlah banyak kesilapan yang sering dilakukan oleh pelbagai orang tanpa mengira bangsa dan agamanya. Setiap yang bernama manusia tentu akan buat silap. Sebaik-baik yang buat silap adalah minta maaf.

Bendera Malaysia dipasang terbalik bukan  sahaja dilakukan oleh individu berbagsa Cina. Dalam beberapa kes Melayu juga ada tersilap. Kita juga lihat ada orang kibarkan bendera Palestin terbalik. Itu biasa. Kesilapan. Tentang nawaitu orang , kita tidak berhak menghukum sebab nawaitu itu ada dalam  hati dan  ia adalah hal yang ghaib!

Kita berhukum dengan hal yang zahir sahaja. Jika orang buat silap dengan nawaitu mennghina Malaysia sekalipun, lalu dia minta maaf, maka yang zahir adalah minta maaf. Nawaitu menghina Malaysia itu hal ghaib yang kita tidak ada wewenang dalam menjustifikasikannya.

Begitulah sepatutnya cara kita menguruskan isu bendera terbalik.


Tuesday, August 12, 2025

Tokok Tambah Cerita

 Perbuatan menokoktambah sesuatu cerita adalah perbuatan keji dalam periwayatan. Seseorang yang berbuat demikian , kalau dalam ilmu hadis, dihukum sebagai pendusta dan terbuang dari arena periwayatan. Sehingga hari kiamatlah namanya terpalit sebagai pendusta.

Dalam dunia media sosial hari ini, perbuatan menokoktambah cerita semakin rancak berlaku. Tatkala ada kejadian tertentu berlaku, ramai orang mencari cerita lengkapnya di media sosial. Ketika itulah muncul watak-watak yang sengaja membuat rekayasa dengan tujuan yang berbagai-bagai. Ada yang hobinya memang begitu. Ada yang mahu melonjak view dan like. Ada yang senngaja mahu mencari keuntungan dan milleage politik. Maca-macam hasrat tersirat yang ada disebalik cerita yang diperpanjangkan dengan tokok tambah.

Apapun, perbuatan tersebut punya pertanggungjawaban di akhirat kelak. 

Tidak selamat daripadanya melainkan mereka yang diselamatkan Allah SWT!

Saturday, August 09, 2025

Celakalah pembuli Zara Qairina

Kisah kematian Zara Qairina, pelajar sebuah sekolah agama di Papar Sabah, amat menyayat hati. Inilah bahananya kalau ada manusia berhati binatang berwajah mansuia. Manusia yang  berhati syaitan berwajah manusia!

Celakalah pelajar wanita yang membuli beliau. Tidak akan ada bahagia buat pembuli dalam dunia dan di akhirat akan menanggung azab pedih. Bagaimanalah anak berhati syaitan ini lahir ke dunia?

Anak siapa? Anak VVIP atau raja sekalipun  tidak harus dibela. Hukuman  sewajarnya hendaklah diberikan kepada pembuli terlaknat ini!

Tiada rahmat dan tiada berkat buat para pembuli itu.

Sekolah agama pun ada syaitan berkeliaran. Malah syaitan memang suka berlegar di perkarangan sekolah agama!