Ada Cina mengaku silap pasang bendera Malaysia terbalik. kalau kita berlapang dada dan terima pengakuan silapnya, habis cerita. Kalau kita tidak puas hati dan mahu panjangkan isu tersebut, akan terpalitlah banyak kesilapan yang sering dilakukan oleh pelbagai orang tanpa mengira bangsa dan agamanya. Setiap yang bernama manusia tentu akan buat silap. Sebaik-baik yang buat silap adalah minta maaf.
Bendera Malaysia dipasang terbalik bukan sahaja dilakukan oleh individu berbagsa Cina. Dalam beberapa kes Melayu juga ada tersilap. Kita juga lihat ada orang kibarkan bendera Palestin terbalik. Itu biasa. Kesilapan. Tentang nawaitu orang , kita tidak berhak menghukum sebab nawaitu itu ada dalam hati dan ia adalah hal yang ghaib!
Kita berhukum dengan hal yang zahir sahaja. Jika orang buat silap dengan nawaitu mennghina Malaysia sekalipun, lalu dia minta maaf, maka yang zahir adalah minta maaf. Nawaitu menghina Malaysia itu hal ghaib yang kita tidak ada wewenang dalam menjustifikasikannya.
Begitulah sepatutnya cara kita menguruskan isu bendera terbalik.
No comments:
Post a Comment