CARI BAHAN

Monday, October 21, 2024

Kepelbagaian di bawah peribadi seseorang

 Tatkala TG HJ hadi berpadangan dalam Politik, ada orang yang tidak boleh terima pandangannya. Tatkala beliau berpandangan dalam agama, kekadang pihak yang menolak pandangan politiknya boleh menrima. Lalu timbul kata-kata. TG Hj. Hadi kalau dalam mazhab politik saya tak ikut jalan dia, tetapi dalam mazhab Agama, saya mengakui kealimannya.

Sebaliknya pula ada yang menerima segala kerancuan pandangan politiknya , apabila beliau bercakap soal agama, memberi pandangan dan lontaran , dikatakan TG Haji Hadi itu terpengaruh dengan Wahabi.  Kekadang, ada pula yang menyifatkannya tamayyul. Dia terpengaruh dengan taqiyyah Syiah.

Sebahahagian orang demikian adanya. 

Dalam isu terbaru, mengenai RUU Mufti Wilayah yang intinya menekankan eksklusif definisi Ahli Sunnah kepada Mazhab Feqah yang 4 sahaja iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali serta Mazhab Aqidah kepada dua sahaja iaitu Asha'irah dan Maturidiyyah sementara Mazhab Tasawwuf hanya Abu Junaid dan Imam Ghazali sahaja, TG. Hj. hadi berpandangan menyanggahnya. Lalu, pihak yang menanggapi sikap Tg Haji Hadi itu bersimpang siur pula.

Kata sesetengah orang, dalam bab ini dia tak sokong TG Haji Hadi. Sementelahan dia adalah penyokong tegar Tg Haji Hadi dalam Politik.

TG Hj. Hadi juga punya pendekata Taqrib antara Syiah dan Ahli Sunnah.  Golongan yang menyokongnya pendiriannya dalam isu RUU Mufti Wilayah, tidak pula mengikut pandangannya dalam masalah TAQRIB. Bahkan, ada pengikut mazhab politiknya menolak pandangan harakinya dalam maslaajh TAQRIB

Manusia muncul dengan pelbagai kecenderungannya. Melihat kepada sokongan dan penentangan Hj. Hadi terhadap isu agama atau politik , pun sudah memunculkan perlbagai kelompok, cuba bayangkan peribadi dan tokoh yang lebih hebat daripada dia dalam bidang masing-masing. Alangkah rencam manusia. Manusia berkhilaf dalam kepelbagaian.

Allah menciptakan manusia dengan rencam yang pelbagai itu.

Lalu...bagaimaman boleh timbul idea dari kelompok Mufti Wilayah hendak memaksakan ummat Islam di bumi Malaysia ini agar menyatu di bawah satu garis yang diciptakan?  Bukan garis lebar sebagaimana wahyu Allah buat manusia. Ia garis sempit dan menjarum di hujungnya, hasil pemikiran mansia sahaja.

Saturday, October 19, 2024

GISBH ...Biarkan tersungkur

 Apa guna ekonomi Islam yang ditampilkan oleh GISBH kalau ia berdiri di atas kebobrokan? Hanya kulit luaran sahaja nampak Islam, namunnya dalamnya bergelumang dengan kumbahan. Air acaq kata orang Kedah. Hal tersebut terdedah apabila pihak polis membuat serbuan dan tangkapan atas para pemimpinnya. Ditambah pula dengan pendedahan melalui pengakuan bekas-bekas GISBH.  Apa lagi Islam yang tinggal pada GISBH itu. Telah terpampang kedajalannya. 

Pendedahan oleh anak Abuya Ashaari sendiri amat mengejutkan. Siapa yang mendengar apa yang diceritakannya mengenai pengalamannya dipaksa kahwin dengan Fadil yang menjadi salah seorang Ahli lembaga Pengarah GISBH semasa dia di Jordan dan kemudian dilarikan ke Turki dan Indonesia, maka terpampanglah watak mafia dalam GISBH itu

GISBH perlu diranapkan terus agar tidak bangkit lagi membawa citranya di masa depan. Jangan sayangkan ekonomi palsau yang didendangkannya. Orang Melayu perlu buang kebodohan dan sifat ragu-ragu yang membuatkan mereka mudah diperdaya. 

Dalam dunia ini, jika satu syarikat tumbang, banyak lagi syarikagt lain dari anak bangsa sendiri akan bangkit meneraju. Jangan termakan dengan mimpi-mimpi muluk yang didongengkan.