CARI BAHAN

Saturday, July 06, 2024

Tidak berdoa selepas solat?

 Kata sang Khatib Jumaat hari ini, ada orang yang sembahyang jemaat tapi tak mahu berdoa .Selepas solat bangun dan beredar. Tidak berdpoa bersama imam. Sedangkan bila nak buat majlis doa selamat dan sebagainya, imam itulah pula dijemput berdoa. Ada orang berkata bahawa sesiapa yang tidak berdoa selepas solat, itu adalah satu bentuk kesombongan.

Aku teringat mas kecil dulu, aku pernah dengar seorang tokoh agama di kampung menaqalkan cerita gurunya bahawa sesiapa yang pertama kali keluar masjid selepas solat Jumaat, itulah BAPA SYAITAN.

Fatwa-fatwa sedemikian entah daripada mana ambilannya. Apa dalilnya dan apa sandaran. Perlu kita tanyai, hadis mana?

Ini adalah upaya orang agama hendak mengawal bawahan  pada perkara yang tidak perlu.

Apa yang agama anjurkan adalah solat berjemaah. Adapun zikir serta wirid berjemaah dan  doa berjemaah selepeas selesai solat bukanlah satu kewajipan. Bukan juga perkara yang boleh dihukumkan sunnah atau sunat dalam agama. Kalau wirid berjemaah, apakah  pahalanya lebih berbanding wirid sendirian? Kalau doa berjemaah lebih afdhalkah daripada doa bersendirian? 

Bawakan dalil....

Perkara yang macam ini perlu diminta dalil. Bukan semua benda orang minta dalil....Perkara yang dipertikaikan orang, bawakan dalil. Yang orang tak pertikai, tak perlu bawakan dalil!

Apakah orang yang bingkas bangun selepas solat itu tidak wirid dan tidak berdoa? Mungkin dia berwirid sambil jalan balik rumah. Bukan dia doa tapi doa tak angkat tangan. Itu antara seorang hamba dengan Tuhannya. Bukan suruhan supaya berdoa dengan suara yang kuat bergema di muncung pembesar suara. Doa yang terbaik adalah yang keluar daripada hati nurani seornag hamba dalam bisikannya denya Tuhannya. Itulah lebih ikhlas dan lebih mulus.

Kita hendaklah melihat permasalahan sekitar dengan adil dan dengan kacamata yang jelas serta jauh daripada prasangka buruk tentang agama orang.


No comments: