CARI BAHAN

Sunday, February 11, 2024

Ragam orang berkuasa.

 Berkuasa itu ibarat sebuah kelekaan bermain air di musim panas. Kuasa melekakan. Kuasa mencuaikan wawasan. Kuasa melenakan atas alas empuk.

Sebelum mendapat kuasa, adda sederet tuntutan. Ada wewasan murni yang dimahukan. Ada perjuangan yan g dijunjung. Ada impian yang dikarang.

Allah berikan kuasa, tuntutan dilupakan. Wawasan murni diabaikan. Perjuangan ditinggalkan. Impian menjadi bertaburan!

Demikian fitnah kuasa. Perhatikan merekan yang Allah pinjamkan kuasa, apakah mereka lakukan apa yang dikata. Tidak kira siapa. Ulama atau pendeta. Cendikia atau Militia. Santri atau menteri. Semua menjadi bak kakak tua yang pernah berbicara.

Inilah mainan kata-kata. Aku tidak marah. Itu lumrah orang mengejar kuasa. Cuma, aku mahukan orang semua tidak menjadi penagih atau pemeluk setia kata-kata. Dengar sahaja dan berpada. Jangan terpesona dengan kalam mulia yang diutarakan. Bicara sang pendeta tentang kuasa, dengar dan waspada. Jangan telan semua. Bicara ulama tentang kuasa, dengar tapi jangan percaya semua. Bicara lebai berjanggut dan berserban tentang kuasa, boleh dengar tetapi hendalah pandai mencerna. 

Akal dalam kepala jangan dipajak kepada mereka. Kata-kata ahli politik adalah sebuah bayan yang mengadungi sihir. Bacalah mentera pendinding yang ditinggalkan para pujangga sepanjang zaman, insya Allah selamatlah dirimu dari terpesona. Adalah benteng yang akan menahan dirimu dari karam.

Kemarin kau dengar, ada orang melaungkan hukum Allah agar ditegakkan. Tika meraih kuasa kuasa, leka bermain dengan isu jawatan dan ekonomi yang mahu diperkasa. Hukum Allah diketepikan buat sementara katanya. Hingga masa bersedia untuknya. 

Kemarin kau dengar ada orang laungkan reformasi. Tika meraih kuasa, reformasi tidak terlaksana sempurna. Kekangan dan pelanggaran dilakukan depan mata. Memang payah melaksanakan kata-kata. Kata-kata ringan seringan getaran lidah!

Kuasa menghilangkan zuhud. Dulu masa belum ada kuasa, berbangga dengan kereta biasa. Saat kuasa ditangan, kelihatannya mula mengenderai kereta berjenama. Bukan guna duit pusaka keluarga atau usaha sendiri. Duit rakyat yang dirompak dan dilegalkan.

Banyak sudah contoh dalam putaran zaman tentang rebahnya para ulama depan kemilau kuasa. Contoh pun banyak orang miskin jadi kejam berdarah dingin setelah meraih kuasa. Namun, sedemikian banyak contph dalam potret sejarah, tetap ada ornag yang menjilat para penguasa dan lupa bahawa penguasa itu adalah kerikil bersambung sebuah permainan kuasa dalam dunia.

Friday, February 09, 2024

Pengampunan DS Najib mencabar reformasi?

 BERSIH mahu demo di jalan raya membantah keputusan pengampunan DS Najib. YDPA telah membuat keputusan mengampunkan DS Najib dari penjara 12 tahun menjaid 6 tahun. Denda 100 juta jadi 50 juta. Ada prasangka bahawa kerajaan sekarang yang bertanggungjawab atas pengurangan tempoh dan kadar hukuman yang sedang dijalani DS  Najib. Namun, sumber dari pihak pembelaan DS Najib mendedahklan bahawa Lembaga Pengampunan telah menasihatkan YDPA untuk tidak mengampunkan DS Najib. Namun, YDPA yang lepas, atas pertimbangannya, memutuskan pengampunan separuh.

Ngo yang bernama BERSIH mempersoalkan kerajaan yang dipimpin DS Anwar Ibrahim mengenai reformasinya. Keputusan pengampunan DS Najib tersebut adalah satu keputusan yang melemahkan reformasi. Seterusnya , suara-suara agar kerajaan MADANI melaksanakan reformasi menyeluruh pun mula dibeberkan. 

Perjuangan 20 tahun jadi sia-sia setelah menjadi kerajaan! Demikian kata-kata sinis yang diluahkan.

Persoalannya, reformasi menyeluruh yang bagaimana pihak BERSIH dan seangkatan dengannya yang mahukan?

Bangkit membantah keputusan prerogatif YDPA itu membawa kepada kepada menentahng YDPA. Apakah reformasi menyeluruh yang diimpikan oleh kumpulan BERSIH itu termasuk memansuhkna institusi YDPA?

Rasanya, tidak musthil idea tersebut ada dalam kerangka reformasi versi kumpulan tersebut. Ia disebutkan secara tidak langsung oleh beberapa anasir liberal dalam negara. Mereka cuba memanipulasi dan ambil kesempuatan perjuangan reformasi dengan membawa pemikiran ekstrim dalam merubah sistem.

Islah atau reformasi ada sisi baik dan buruknya. Ia bukan satu inqilab yang bakal menimbulkan huru hara dalam negara. Ia perlu diuruskan dengan cermat dan mengikut aulawiyyatnya. Para sufaha yang cuba menggunakan istilah reformasi, jarang memikirkan akibat daripada kemahuan keterlaluan mereka itu. Tekad politik hendaklah disertai dengan kebijaksanaan dan kesabaran.