Kisah ini berlaku di Kota Melayu pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud. Waktu itu bendahara Melaka bernama bendahara Seri Maharaja.
Pada satu ketika, berlaku krisis antara seorang saudagara bernama Nina Sura Dewana dengan seorang suadagar keling bernama Raja Mendeliar. Untuk menyelesaikan krisis mereka berdua, mereka pun pergi mengadap Datuk Bendahara Sri Maharaja. Oleh kerana waktu itu hari sudah hampir senja, bendahara suruh mereka pulang dulu dan esok datang semula untuk membicarakan hal mereka.
Nina Sura Dewana berfikir pada malam itu bahawa dia akan kalah kalau berdepan dengan raja Mendeliar sebab raja Mendeliar orangnya sangat kaya. (Kayanya Raja Mendeliar hanya kurang sebahahara emas daripada Bendahara) Dia takut Bendahara disogok oleh raja Mendeliar. Maka, dia mendahului dalam kerja menyogok itu dan pergi bertemu bendahara pada malam itu juga.Beliau berikan rasuah sebanyak 10 kati emas (1 bahara) kepada bendahara dan bendahara tidak menolaknya.
Perbuatan Nina Sura Dewana itu diketahui oleh salah seorang anggota keluarganya. Seorang keling bernama Kitol. Kitol pun pergi bertemu raja Mendeliar dan memberitahu kejadian itu. Raja mendeliar merasa marah atas perbuatan Nina Sura Dewana. Dia merasa terhutang budi dengan Kitol yang membuat pendedahan itu. Hutang Kitol kepadanya pun dimansukhkan dengan mengoyak surat hutangnya. Raja Mendeliar pun membuat siasat balas. Beliau bawa satu bahara emas kepada Laksamana Khoja Hasan bersama beberapa inta permata dan pakaian yang indah sebagai hadiah. Dia menyampaikan khabar bahawa Bendara Sri Maharaja sedang membuat rencana menggulingkan Sultan Mahmud dan mengangkat dirinya sendiri jadi raja Melaka.
Laksamana Khoja Hasan pun membawa berita itu kepada Sultan Melaka, Sultan Mahmud. baginda pun menjadi murka. Kemurkahan itu sebenarnya sudah bersarang dalam hati baginda sejak pinangannya ke atas Tun fatiumah tidak diterima Bendahara atas alasan sudah ditunangkan dengan Tun Ali. Tanpa usul periksa lagi , baginda menitahkan kepada Tun Sura Diraja dan Tun Indera Segara agar menjalankan perintahnya membunuh Bendahara Sri Maharaja bersama, Seri Nara Diraja, Tun Hassan Temenggung dan Tun Ali.
Kedatangan utusan Sultan ke kampung bendahara itu untuk menjalankan perintah raja cuba untuk ditentang oleh kaum keluarga bendahara. Namun, Bendahara Sri Maharaja yang berpegang pantang anak Melayu derhaka raja itu meminta mereka semua bertenang. Kemtiannya hendaklah direlakan. Maka dia bersama dengan 3 orang lagi itu pun dijatuhkan hukuman bunuh.
Setelah kejadian itu, Sultan menikahi Tun Fatimah. Baginda juga dapat tahu kisah sebenar dan fitnah yang menimpa Bendahara Sri Mahara. Maka baginda sangat menyesal atas titahnya yang usul periksa. baginda pun memerintahkan disiasat punda cerita fitnah itu. Akhirnya ia membawa kepada penangkapan Raja Mendeliar dan Si Kitol. Mereka dibunuh dan bekas tiang rumah mereka dicangkul buanh ke laut. Laksamana Khoja Hassan pula dihukum pecat dan harta dirampas kerana membuat laporan tanpa usul periksa. Sultan tidak membunuhnya kerana ada sumpah sebelumnya darahnya diharamkan.
Demikilanlah sebuah kisah yang diceritakan dalam Sulalatus Salatin ,Sejarah Melayu. Kisah yang orang sembangkan mengenai pengkhianatan Si Kitol. Khianat ke atas kerajaan Melaka yang membaw akepada terbunuhnya bendaharanya yang tidak berdosa.
No comments:
Post a Comment