Ada orang yang buat maksiat di belakang orang, orang tak tahu kemaksiatannya. Syukurlah kepada Allah kerana Allah tutup keaibannya. Jika Allah dedahkan apa yang disembunyikan seseorang daripada kemaksiatan dan dosanya, sudah tentu dia tidak akan mampu berjalan di muka bumi sambil mengangkat wajahnya dari tunduk ke bumi. Kerana itu agama Islam larang penganuntnya daripada mendedahkan keaiban orang lain. Janji nabi dalam hadis, kalau aib orang lain kita sembunyikan, aib kita Allah tutupkan. Sebaliknya, kalau aib orang kita bongkar dan war warkan, tunggulah balasan Allah. Satu saat aib sendiri akan terdedah kepada khalayak.
Kerana itu selalulah beringat. Jangan suka hina orang. Jangan dedahkan keaiban orang. Kalau kita tidak suka keiaban sendiri didedahkan orang, demikianlah jangan pula suka mendedahkan keaiban orang. Hidup ini ada ubi ada batasnya. Ada hari ada balasnya. Kama Tudin, tudan. Macam mana kau layan orang, begitulah kamu akan dilayan. Kalau lalang yang kau tanam, masakan padi yang akan tumbuh!
Dalam dunia moden hari ini, fitnah hanya di hujung jari. Nak dedahkan keiaban ornag bukannya payah. Hanya mengetip di keyboard atau skrin telefon, cukup menggemparkan seantero dunia. Orang yang dihormati boleh dipermalukan semalu-malunya. Tapi ingat...dirimu sendiri bukan tiada perkara yang memalukan. Mujur Allah tidka dedahkan kemaluanmu. Tapi bukan bermakna kamu tidak akan dipermalukan. Kerana itu jangan suka kalau ornag lain dimalukan.
Manusia, walaupun kafir ada karamah insaniahnya. Jangan jatuhkan kemuliaan keinsanan seseorang betapapun kau membencinya. Awas dan waspadalah daripada putaran hari yang kelak akan menghakimimu.
No comments:
Post a Comment