Organisasi akan menjadi hebat jika ramai orang cerdik yang menggerakkannya.
Begitulah perkembangan Pas dewasa ini. Ada kerja-kerja dunggu sedang dilakukan oleh sesetengah orang untuk menyaring keluar orang-ornag cerdik daripada berperanan dalam Pas. Kononnya, si fulan itu anti-ulama, sekular, liberal dan gelaran-gelaran lain seumpamanya. Maka dengan itu si fulan itu perlu di keluarkan daripada organisasi kerana dia merosakkan organisasi. Seseorang yang layak duduk dalam saf pimpinan organisasi ialah seorang yang membawa wajah ulama dan yang berkata " saya bersama ulama".
Orang cerdik, jika disingkirkan, lemahlah organisasi. Kebanyakan orang yang dipanggil ustaz dan kemudian dipakaikan mahkota gelaran ulama bukanlah orang yang cemerlang semasa pengajiannya sama ada di peringkat Ibtida'i dan Tsanawi. Sedikit pula yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat menara gading. Bukan semua, tetapi ramai.
Aku seorang yang dibesarkan dalam aliran agama. Bila keluar Universiti, aku keluar sebagai lulusan agama. Kalau aku tidka jujur, aku akan bela sahaja angkatan yang sealiran denganku. namun, hakikat yang kusaksikan, sejak zaman sekolah menengahku ibu bapa mengirimkan anak-anak pintar mereka ke sekolah berasramaq penuh, kolej, MRSM dan sebagainya. Anak-anak tak cerdik dihantar ke sekolah agama untuk dipulas dan dikilas oleh pak ustaz agar menjadi manusia yang berguna.
Begitulah senarionya. Bila sudah dewasa, berlakulah pertembungan antara generasi yang ada gen cerdik dengan yang kurnag cerdik.
No comments:
Post a Comment