Tidak adakah lagi orang Selangor yang berkelayakan untuk jadi calon PRK Kajang. Demikian melantun pertanyaan menempelak oleh seorang panelis dalam siaran langsung TV1 semalam. Ini kerana, PR telah memutuskan calon PRK Kajang bagi PR adalah DS Anwar Ibraim. Belia bukanlah orang Selangor tetapi orang Pulau Pinang.
Mengapa tiba-tiba timbul soal negeri asal? Satu ketika dulu, Datuk Syafie Afdal pernah dilantik menjadi Ketua Perhubungan UMNO Kedah. Tiada puala bantahan dari kalangan asobiah kenegeriaan di Kedah. Datuk Syafie Afdal adalah orang Semporna, Sabah. Jauh amat tanah asalnya dari tanah Kedah. Malah, Datuk Najib sendiri pernah menjadi Ketua Perhubungan UMNO Selangor. Waktu itu, tiada pula timbul soal tiadakah lagi orang Selangor yang berkaliber.
Pertanyaan berhubung tiadakah orang Selangor untuk dipilih menjadi calon PRK Kajang adalah pertanyaan orang-orang yang meracau dengan kejutan terpilihnya DS Anwar sebagai calon. Nampaknya, rasa anti Anwar Ibrahim sangat mendalam. Masih ada cubaan panelis untuk melebelkan DS Anwar Ibrahim sebagai insan yang sangat teruk dan menyeru agar rakyat menolaknya. Namun, sehingga kini, musuh politik Anwar Ibrahim sendiri masih gagal membuktikan jenayah DS Anwar sama ada dari segi moral mahukan rasuah.
Dalam dunai merentas sempadan hari ini, bicara kenegerian telah menjadi "out dated". Siapa lagi yang berminat sentimen kenegerian dimainkan?
No comments:
Post a Comment