Negara Brunei Darussalam hanyalah sebuah negara kecil. Namun, jika dibandingkan dengan Malaysia dan mana-mana negara jirannya yang lain, Brunei merupakan negara paling kaya dan terpelihara kesejahteraan hidup rakyatnya. Tindak tanduk sultannya berhubung isu-isu pentadbiran Islam disenangi dan tidak sedikit rakyat Malaysia menjadikannya Sultan idola.
Rasanya, sebidang tanah Brunei itu, jika dibandingkan dengan tanah kepulauan Sulu yang terdiri daripada pulau Jolo dan pulau-pulau lain sekitarnya, lebih luas daripada tanah negara Berunei. Namun, mengapa pulau-pulau tersebut tidak dapat membangun. Persoalan sinis yang boleh dilontarkan, apakah yang dibuat oleh Sultan Sulu untuk membangunkan tanah ibu kotanya?
Kerana tidak tahu bagaimana mahu bangunkan tanah ibu kota sendiri, tuntutan dipanjangkan ke atas Sabah. Tanah jajahan kesultanan yang dituntut sedangkan tanah jajahan kesultanan itu telah pun bertukar tangan. Biasanya, sebuah kerajaan berdaulat akan ada ibu kota yang kuat sebelum berfikir meluaskan empayarnya. Inikan tanah ibu kota pun masih dlam cengkaman kerajaan Filipina. Malah, raja Sulu yang dinamakan Jamalul Kiram 3 itu pun berdomisil di Manila. Mengapa tidak bertahta di pulau Jolo?
No comments:
Post a Comment