Keadilan dan kezaliman merentas agama.
Ada orang bukan Islam, memerintah negara, adil. Contohnya Anusyirwan Adil. Bangsa Rom jadi hebat, sebagaimana kata Amru bin Al-As kerana mereka anti kepada kezaliman. Bangsa Rom itu panutan Kristian.
Ada orang Islam, memerintah, zalimnya masya Allah. Darah baginya laksana air, ditumpahkan tanpa rasa bersalah. Lihat dalam sejarah, Hajjaj bin Yusuf As-Tsaqafi.
Bandingkan beberapa pemimpin muslim hari ini dengan pemimoin kafir dalam beberapa negara. Ironi sekali...yang Islam memimpin, teruk sekali. Zalim! Curi harta awam, larang rakyat bertudung, buat konspirasi bunuh penentang, diktator dan macam aneka lagi kebobrokan. Sementara yanv kafir, rakyat dijaga. Cukup 2 penggal turun jabatan sebab sudah peraturan. Istihar harta , telus, harta negara selamat.
Siapa kata pemimpin Islam lebih baik dari kafir sebab pemimpin jahat macam manapun, dia tak zalim. Suluh terang buar nampak dalam sejarah dan juga masa kini.
Pemimpin Islam memang penting. Tapi kalau zalim, ganti dengan yang lain, Islam juga. Jangan pertahankan hanya kerana dia Islam.
Zalim dan adil tak kenal agama.
Camkan baik-baik ....
No comments:
Post a Comment