CARI BAHAN

Friday, April 11, 2025

Menerima perbezaan adalah jalan sunnah dan Salaf

Aku berdiri di luar kelompok. Di luar Hizbi. Aku cuba sedaya mungkin menjauhi asobiyyah. 

Ketika aku menulis ini, aku baru beberapa hari mennyaksikan serta membaca dan mendengar pergeseran antara kalangan yang mengaku pendakwah Sunnah. Isu yang yang dipolemikkan hanyalah tetik bengek yang tidak membabitkan ibadah, akidah maupun iman dan syirik. Hanya masalah pemikiran.

Dalam satu podcast, DKJ (Dr kamilin Jamilin menjawab soalan mengenai bacaan yasin malam jumaat serta baca doa beramai-ramai selepas solat. Jawapannya tidak tuntas menbid'ahkan amalan baca yasin malam Jumaat. Beberapa kalangan aliran yang dikatakan Salafi itu tidak menyukai jawapan yang sederhana sedemikian. Mereka mengambil jalan hitam atau putih.

DKJ kelihatamn lunak dengan amalan baca Yasin malam jumaat tersebut. Amalan itu, selama masih dalam anggapan sebagai wasilah, ia tidak mengapa. Membaca sebagai wasilah kepada ibadah dan bukan ibadah itu sendiri.

Pada hematku, hidup dalam dunia bukan hanya ada dua warna iaitu hitam dna putih. Demikian dalam menaggapi sesuatu isu agama. Tidak wajar ditajamkan untuk satu titik. JIka tidak, tak akanlah berlaku khilaf panjang di kalangan para ulama sepanjang sejarah.

Sesiapa yang berat menerima khilaf pandangan dan pendekatan, dia belumlah lagi menjadi pembawa panji sunnah. Dia masih jauh dari jalan salaf. 

Bolehlah sekadar mengaku-ngaku buat menyenangkan hati sendiri.