CARI BAHAN

Sunday, May 19, 2024

PERKARA KHILAFIAH

Tanda seseorang itu faqih ialah apabila dia boleh meraikan perkara-perkara yang menjadi khilaf di kalangan ulama muktabar. Ketika dia menyatakan pandangannya atas dasar satu pandangan, dia menggunakan bahasa yang tidak memaksa pihak lain mengambil pandangannya itu. Dia tidak mengatakan haram, bid'ah atau sesat pandangan yang satu lagi.

Saya memerhatikan, ada seorang ustaz asal Indonesia yang diangkat sebagai tokoh Salafi, dia mengkritik amalan itu dan ini sehingga khalayak audien mendapat tasawwur bahawa apa yang dikritiknya itu adalah satu yang salah dan wajib ditinggalkan.

Dia pernah mengkritik amalan membaca Surah Al-Fatihah di permulaan majlis. Dia mengkritik amalan bertakbir dalam masjid. Dia kritik itu dan ini. 

Padahal, itu amalan yang boleh dibilangkan khilafiah ar-ra'yu dan tidak sampai ke peringkat menyongsang petunjuk. Bukan amalan rekaan dalam peribadatan dan akidah. Ia lebih kepada adat kebiasaan.