Abu Amir Al-Fasiq sebelumnya di Kota Madinah dikenali sebagai Abu Amir Ar-Rahib. Dia banyak ilmu tenang ajaran para nabi ketimbang penduduk Kota Madinah pada masa sebelum kedatangan nabi SAW. Dia sering memperingatkan kepada penduduk Madinah tentang hampirnya kedatangan nabi akhir zaman. Namun, bila nabi SAW tiba di Kota madinah, dia tidak mahu percaya. Dia, malah menentang nabi SAW dan mencabar baginda. Bila sokongan kepada nabi SAW makin teguh, dia lari ke luar negara dan menyusun siasat politik licik dari luar negara. Nun jauh di negara Rom, di wilayah Syam, dia mencucuk jarum permusuhan ke atas negaranya.
Kerana Perdana Menteri negaranya adalah Muhammad dia tidak boleh terima. Kerana Orang Madinah kian sayang ekpada nabi Muhammad, hatinya sakit. Dari jauh dia menyalurkan dana untuk dibina sebuah markas yang menyerupai masjid orang-orang Islam.
Sesiapa yang buat kerja menggali fondasi negara agar runtuhnya sebuah pemerintahan, dialah Abu Amir Al-fasiq. Tidak kira siapapun dia dan apa pun kedudukannya. Manusia tidak suci dari dosa dan kecenderungan mungkar.
No comments:
Post a Comment