Perlantikan Eric Paulsen sebagai ahli Majlis Perundingan Komunikasi dan Multimedia (MPKM) merupakan satu tamparan hebat kepada perjuangan Islamis khususnya dalam Pas. Eric Paulsen telah menconteng arang di mukanya sebelum ini dengan komen-komen negatifnya yang mengguris hati ummat Islam. Ternyata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Saifuddin Abdullah tidak sensitif. Ketua Penerangan Pas, Kamaruzzaman Muhammad menyuarakan bantahan terhadap perlantikan tersebut.
Pas adalah parti "King Maker" dalam pembentukan kerajaan PN. Jika Pas mengambil keputusan menarik sokongannya, tumbanglah kerajaan PN. Sebarang pencerobohan kepada norma pemerintahan yang diinginkan Pas bukan sepatutnya dibantah. Sepatutnya diberi amaran keras oleh pimpinan bahkan kalau perlu hendaklah di"veto"kan.
"Membantah " adalah feel pembangkang. Ia tidak seharusnya ada pada Pas buat masa ini kerana kuasa ada di tangan.
Nampaknya, bukan senang nak buang mentaliti pembangkang. Yalah...berpuluh tahun jadi pembangkang, maka kekoklah untuk beraksi sebagai pemerintah.
No comments:
Post a Comment