Aku
memilih sikap untuk tidak mempercayai congakan politik pandir yang cuba
ditanamkan ke dalam minda orang Melayu. Bahawa, kuasa politik orang
Melayu sedang terancam. hal itu dikumandangkan dalam PAU 2016. Kambing
hitam yang diangkat adalah parti DAP. Sebagaimana yang termaklum,
logiknya adalah mustahil sebuah parti yang secara rekodnya masuk
bertanding sekitar 50 kerusi boleh memerintah Malaysia. Namun,
pemandiran pemikiran politik mengharuskannya dengan teori dominasi.
Hakikatnya
pun, di Malaysia ini, dominasi politik bukan di tangan bangsa Melayu.
Ia adalah di tangan sekelompok elit Melayu yang menjarah keringat dan
air mata marhaen segenap lapisan. Mereka itulah yang berdusta atas nama
Melayu.
Sementara,
dominasi ekonomi telah pun lama di tangan bangsa lain. Bukan kerana
hebatnya bangsa itu tetapi kerana pengkhianatan elit Melayu tersebut
terhadap bangsanya sendiri.
No comments:
Post a Comment